29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

8 IPT capai penarafan enam bintang KPT

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Sebanyak lapan institusi pengajian tinggi (IPT) berjaya mencapai status enam bintang dalam Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA) 2018/2019 yang digunakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, lapan IPT terbabit ialah Universiti Malaya (UM); Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Universiti Putra Malaysia (UPM); Universiti Teknologi Malaysia (UTM); Universiti Sains Malaysia (USM); Universiti Teknologi Petronas (UTP); International Medical University (IMU) dan Monash University Malaysia.

Menurutnya, sebanyak 30 IPT mendapat penarafan lima bintang; empat bintang (30); tiga bintang (15); dua bintang (2) dan satu bintang (1).

Beliau berkata, jumlah keseluruhan IPT Yang menyertai sesi penarafan SETARA 2018/2019 adalah sebanyak 86 buah manakala sebanyak 207 kolej swasta pula menyertai penarafan Sistem Penilaian Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta (MyQUEST) untuk sesi sama.

“Sebanyak 14 kolej swasta berjaya mencapai penarafan enam bintang bagi penarafan MyQUEST 2018/2019.

“Kolej swasta terbabit ialah Kolej SEGi Subang Jaya; Kolej Sunway (Kuala Lumpur); Institut Teknologi Maklumat Asia Pasifik (APIIT); Kolej SEGi Kota Damansara; Kolej Poly-Tech MARA Kuantan; Kolej SEGi Pulau Pinang; Kolej Antarabangsa Putra; Kolej Equator; Kolej Despark; Kolej SEGi Sarawak; Kolej IBS; Kolej Integrasi Perkembangan Kemahiran (IPK); Kolej Hafiz dan Institut Antarabangsa Sains Mantin.

“Ini diikuti 54 kolej mendapat penarafan lima bintang; empat bintang (88); tiga bintang (40) dan dua bintang (11),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Penarafan bintang SETARA dan MY QUEST KPT bermula daripada skala satu hingga enam iaitu enam bintang merujuk kepada pencapaian cemerlang sesebuah IPT dan daya saingnya pada peringkat antarabangsa manakala satu bermaksud kurang berdaya saying dan tidak memenuhi kriteria minimum.


Noraini memberitahu, penarafan IPT Malaysia bagi sesi 2018/2019 menunjukkan institusi  berkenaan sudah melaksanakan penambahbaikan berterusan dalam menyediakan pendidikan tinggi berkualiti dan berimpak tinggi kepada pelajar.

Perkembangan itu juga ujarnya memperlihatkan sektor pendidikan tinggi negara berada pada landasan betul dalam merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) dengan memberi penekanan terhadap kualiti akademik, kebertanggungjawaban dan prestasi setiap IPT di negara ini.

“keputusan penuh Penarafan IPT Malaysia 2018/2019 boleh dilayari melalui portal http://jpt.mohe.gov.my/portal/,” katanya.

Sementara itu Noraini berkata, KPT akan sentiasa melaksanakan penambahbaikan dan pemantapan penarafan SETARA dan MyQUEST selaras dengan perubahan persekitaran dan ekosistem pendidikan tinggi negara.

Katanya, penyesuaian itu akan mengambil kira pembudayaan norma baharu dalam sistem penyampaian pendidikan, penekanan kepada agenda pendigitalan, Teknologi Pendidikan berasaskan Revolusi Industri 4.0 dan kriteria lain yang relevan.

“Penarafan seterusnya dirancang untuk dilaksanakan pada 2022,” tambahnya.

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan