25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 29, 2021

Main isu Agong: UMANY jangan naikkan lagi ‘suhu’ – Najib

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa University of Malaya Association of New Youth (UMANY) dan DAP  supaya ‘memperlahankan’ kelantangan mereka memainkan isu berkait sistem Raja Berperlembagaan ketika negara dilanda krisis Covid-19, ekonomi terancam dan ramai hilang mata pencarian.

Menurut bekas perdana menteri itu, beliau berpendapat,  UMANY dan DAP perlu ‘slow-down’ sedikit dalam tindakan mereka dan tidak menaikkan lagi ‘suhu’ yang sedang melanda rakyat ketika ini.

“Bukan nak hadkan freedom of speech (kebebasan bersuara) korang, tapi saya rasa tiada faedah bagi korang memainkan isu berkait sistem Raja Berperlembagaan kita pada masa negara dilanda krisis Covid, ekonomi terancam dan ramai hilang mata pencarian,” tulisnya dalam hantaran Facebook, hari ini.

NAJIB TUN RAZAK

Najib menjelaskan, beliau faham pelajar dan DAP mempunyai kebebasan bersuara namun mereka kena berjaga-jaga juga dengan mesej yang cuba disampaikan supaya persepsi tak betul tidak terbina.


Menurutnya, mula-mula UMANY umum sokongan penuh kepada aktivis Thailand yang bantah Raja mereka sebelum mengeluarkan kenyataan untuk tuntut Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah jangan campur tangan dalam pentadbiran negara. 


“Disokong oleh DAP pula dengan alasan ini hak kebebasan bersuara mereka, lalu Universiti Malaya kata nak siasat mereka sebab ramai yang marah.

Baca juga:   Guan Eng jadilah 'anak jantan' - Najib

“Semalam pula, UMANY keluarkan kenyataan bahawa mereka tak akan minta maaf serta ugut akan saman Universiti Malaya jika tindakan diambil ke atas mereka.

Baca juga:   Teks Ucapan Perasmian Wanita, Pemuda, Puteri UMNO – Mohamad Hasan

“Siap menggunakan perkataan “Republication” dalam posting mereka semalam. Korang faham apa maksud Republic, tak? Tak boleh guna “Reactivate” atau terus guna “Jangan nafikan hak bersuara kita?” tegas  Najib.

Kenyataan UMANY bahawa Agong tidak perlu campur tangan dalam pentadbiran negara itu dikecam banyak pihak termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Presidennya, Mohd Alif Anas Md Noor, berkata GPMS melihat bahawa tindakan itu provokasi melampau terhadap intitusi Raja Berpelembagaan di negara ini.

Katanya, ia seolah-olah menuduh Yang di-Pertuan Agong mencampuri hal ehwal politik negara, sedangkan titah Baginda adalah supaya parti politik di negara ini bekerjasama menjayakan sidang Parlimen akan datang dan meluluskan Belanjawan 2021 demi keperluan rakyat daripada matlamat politik.

Titah Baginda juga dijunjung oleh ketua-ketua parti politik kerajaan mahupun pembangkang. Jadi UMANY sepatutnya sedar diri bahawa mereka tiada hak untuk bercakap bagi segelintir pihak dengan berselindung di bawah sebuah persatuan pelajar.

“UMANY adalah sebuah persatuan pelajar di universti terbaik di negara ini dan sepatutnya arif mengenai Baginda sebagai ketua negara,” katanya.

Terkini

Kos penyediaan RMK-12 kecil sahaja, bukan RM2 bilion

CYBERJAYA - Kerajaan tidak pernah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion untuk menyiapkan buku Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) sepertimana didakwa...

Lagi Artikel Berkaitan