25 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 28, 2021

Tak perlu imbas MySejahtera jika tak masuk stesen minyak

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Orang ramai tidak perlu mengimbas kod MySejahtera mereka sekiranya tidak memasuki kedai stesen.

Namun, mereka perlu mendaftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera atau secara manual jika memasuki stesen minyak untuk membuat pembayaran, menggunakan mesin ATM, surau dan tandas.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengesahkan perkara itu berkata, penerangan itu diberikan berikutan laporan bercanggah tentang keperluan mengimbas kod QR MySejahtera walaupun pelanggan membuat pembayaran di pam minyak atau tingkap sisi kaunter.

Katanya, individu mengisi minyak di stesen dan bayar menggunakan transaksi debit, kad kredit atau dalam talian tidak jumpa sesiapa tidak perlu mengimbas kod MySejahtera.

“Hanya secara bersendirian tidak masuk kedai, tidak bertemu pekerja stesen minyak, oleh kerana tak berlaku kontak bersemuka mereka tidak perlu mendaftar aplikasi MySejahtera atau secara manual,” katanya hari ini.

Menurut Ismail Sabri, individu yang membuat transaksi atau membayar melalui tingkap sisi kaunter juga tidak perlu mendaftar melalui aplikasi MySejahtera atau manual.

Katanya, selain itu pelanggan yang hadir untuk mengisi angin kenderaan tanpa melakukan perkhidmatan bersemuka tidak perlu menggunakan aplikasi MySejahtera.

Baca juga:   Tok Mat minta Ahmad Zahid tunjuk hala tuju parti

Sementara itu, Ismail berkata individu yang melakukan pembayaran atau transaksi dalam kedai di stesen minyak sama ada membuat pembayaran petrol, pembelian, mengeluarkan wang di mesin ATM perlu mendaftar melalui aplikasi My Sejahtera atau manual.

Baca juga:   Tambah nilai tunai BigPay lebih mudah di 7-Eleven

“Individu yang menggunakan surau dan tandas juga perlu mendaftar melalui aplikasi My Sejahtera atau manual.

“Maklumat lanjut berhubung SOP di stesen minyak ini boleh dirujuk di laman sesawang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),”katanya.

Terkini

Langgar peraturan: Polis siasat kenderaan timbalan menteri

CYBERJAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan menyiasat sebuah kenderaan dipercayai milik seorang timbalan menteri kerana memotong di...

Lagi Artikel Berkaitan