24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Perluas skim, jangan ramai berhenti kerja kerana i-Sinar – Najib

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diminta memperluaskan skim i-Sinar kepada golongan yang pendapatannya telah turun mendadak dengan membuka skim itu kepada sesiapa yang mengaku pendapatan bulanan mereka telah turun 20 peratus atau lebih akibat penularan Covid-19.

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah itu perlu kerana golongan yang pendapatannya telah turun mendadak akibat Covid juga mempunyai komitmen dan tanggungan bulanan mereka tetap tinggi.

Menurutnya, golongan itu atau underemployed perlu diambil kira juga dan jangan sekali dicicirkan. 

“KWSP tidak boleh terlalu bersyarat sebab kita tidak mahu skim i-Sinar menjadi skim i-Die bagi golongan yang tidak layak hanya sebab mereka tidak hilang kerja walaupun sudah amat terdesak setelah pendapatan mereka turun akibat Covid.

“Biarkan lebih banyak dana mengalir ke kitaran wang ekonomi tempatan sebab bajet tahun 2021 hanya 2.5 peratus lebih tinggi berbanding bajet tahun 2019 yang tiada krisis Covid.

“Jangan sampai ramai yang sengaja berhenti kerja atau sengaja dibuang kerja sebab mereka mahu layak untuk memohon skim i-Sinar,” katanya di Facebook hari ini.

Terdahulu Najib berkata, beliau merakamkan terima kasih kepada KWSP kerana mewujudkan skim i-Sinar untuk membenarkan pencarum mengeluarkan duit dari akaun 1.

Advertisements

Namun katanya, syarat kelayakan untuk skim itu hanya untuk mereka yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau sudah tiada sumber pendapatan.

Sebab itu katanya, KWSP menganggarkan hanya 2 juta ahli sahaja akan menerima manfaat dari skim i-Sinar dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM14 bilion.

“Ini berbeza dengan anggaran saya di mana 4.7 juta ahli akan mengeluarkan jumlah sehingga maksima RM47 bilion. (Namun bukan semua ahli akan mengeluarkan RM10,000).

“KWSP perlu faham bahawa kita tidak boleh sasar kepada mereka yang hilang kerja sahaja (unemployed) tetapi golongan paling besar ialah mereka yang pendapatan bulanan mereka berkurang akibat gaji dipotong, elaun dipotong, service points/komisyen berkurang serta jumlah hari bekerja atau OT dipotong (underemployed).

“Ramai tak boleh hidup dengan bergantung kepada gaji basic (asas) sahaja,” katanya.

Sementara itu, Najib berkata, bagi mereka yang tiada KWSP, Barisan Nasional (BN) masih memohon kerajaan untuk memberi lanjutan moratorium pinjaman secara automatik dan secara pukal sehingga 30 Jun 2021. 

Tambahnya, lanjutan moratorium ini adalah antara dua syarat BN untuk sokong bajet 2021.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan