25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

‘Kemuning’ dilepas ke habitat asal

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Seekor Tapir betina bernama Kemuning berjaya dilepaskan ke habitat asalnya pada 10 November 2020.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ( PERHILITAN) dalam satu kenyataan berkata, program pelepasan itu melibatkan seramai 14 orang pegawai dan kakitangan Bahagian Konservasi Ex-Situ, Jabatan PERHILITAN Negeri Selangor dan Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Sungai Dusun, Selangor.

“Sebelum program pelepasan dijalankan, Kemuning telah dipasang kolar satelit untuk tujuan pemantauan di habitat asalnya serta menjalani ujian kesihatan untuk memastikan ia sihat semasa dilepaskan,” kata kenyataan itu hari ini.

Advertisements

Kemuning telah diselamatkan pada 27 Mac 2019 akibat terjatuh ke dalam longkang Di kawasan perumahan di Kota Kemuning, Selangor.

Tapir Malaya itu kemudiannya dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar kebangsaan (NWRC) Sungkai, Perak untuk rawatan susulan.

“Kemuning kemudiannya dipindahkan ke PKHL Sungai Dusun, Selangor untuk pemantauan selanjutnya,” tambah kenyataan itu.

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan