26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Kenaikan harga sawit: Kerajaan jangka raih keuntungan cukai lebih RM348j

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menjangkakan potensi hasil kutipan levikeuntungan luar biasa (Windfall Profit Levy) oleh kerajaan bagi tahun 2020 adalah dianggarkan sebanyak RM348 juta berbanding hanya RM256,000 sahaja pada tahun 2019. 

Menterinya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ini berdasarkan prestasi dan jangkaan harga serta pengeluaran buah tandan segar (BTS) dari estet sepanjang tahun 2020 yang dijangka terus meningkat.

MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI

Menurutnya, harga minyak sawit mentah (MSM) yang melepasi paras RM3,000 setan bulan ini dijangka terus meningkat dipacu oleh sentimen pasaran yang positif, jangkaan penurunan stok dan peningkatan eksport serta perkembangan ekonomi dan politik global pada penghujung tahun 2020.

“Berdasarkan prestasi dan jangkaan harga dan pengeluaran buah tandan segar dari estet sepanjang tahun 2020, potensi hasil kutipan levi keuntungan luar biasa (Windfall Profit Levy) oleh kerajaan pada tahun 2020 adalah dianggarkan sebanyak RM348 juta berbanding hanya RM256,000 sahaja pada tahun 2019. 

“Sebagai panduan, levi dikenakan pada kadar 3 peratus bagi harga kelapa sawit melebihi RM2,500 setan di Semenanjung dan 1.5 peratus bagi harga kelapa sawit melebihi RM3,000 setan di Sabah dan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Khairuddin menjelaskan, harga MSM yang mencecah RM3,424 setan ini adalah tertinggi sejak 3 Mei 2012 iaitu pada RM3,417.50 per tan. 

Harga MSM katanya telah menunjukkan trend peningkatan yang begitu ketara, melonjak kepada RM3,424 setan pada 6 November 2020 berbanding paras terendahnya, iaitu RM2,021.50 setan pada 12 Mei 2020, peningkatan sebanyak RM1,402.50 atau 69.4 peratus.

“Peningkatan harga MSM telah menyumbang kenaikan harga Buah Tandan Segar (BTS) kepada RM727 per tan (berdasarkan OER untuk gred 20 peratus) pada 6 November 2020 berbanding RM408 per tan pada 12 Mei 2020.

“Trend MSM itu menunjukkan bahawa usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan telah berjaya meningkatkan harga minyaksawit,” katanya.

Sementara itu, Dr Khairuddin berkata, dalam usaha merancakkan lagi pembangunan industri sawit, kementerian juga sedang mengkaji struktur keseluruhan percukaian dan ses dalam sektor perladangan komoditi itu.

“Ini menunjukan kenaikan harga sawit bukan sahaja membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil serta estet tetapi juga dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi demikemakmuran negara,” tambahnya. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan