24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Najib minta bank permudah pemohon lanjutan moratorium

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta institusi perbankan agar  tidak merumitkan permohonan peminjam yang memohon lanjutan moratorium.

Bekas perdana menteri itu pada masa sama berharap, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menunaikan janji beliau kepada UMNO dan Barisan Nasional untuk bank memberi kelulusan automatik kepada peminjam B40/M40/SME yang memohon lanjutan berkenaan.

Menurutnya,  Julai lalu Tengku Zafrul mengumumkan bahawa bank-bank Malaysia rugi RM1.06 bilion pada setiap bulan moratorium pinjaman pukal diberi.

NAJIB RAZAK

“Namun semalam, kebanyakan bank-bank utama Malaysia telah umum keuntungan mereka bagi suku ke-3 tahun 2020 iaitu dari Julai hingga September.

“Sebab itu, kami harap bank-bank tidak merumitkan permohonan peminjam dan Menteri Kewangan PN akan tunaikan janji pada UMNO/BN pada hari Khamis untuk bank memberi kelulusan automatik kepada peminjam B40/M40/SME yang memohon lanjutan moratorium,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Najib memberitahu, bila dilihat dengan keuntungan bank bagi Suku Kedua iaitu April hingga Jun, tiada satu bank yang pernah umum kerugian.

Advertisements

“Malah ada juga beberapa bank yang umum keuntungan yang lebih tinggi berbanding tahun lepas sepanjang tempoh 6 bulan moratorium pinjaman pukal dari April hingga September,” katanya.

Berikut adalah keuntungan bersih bank  sepanjang moratorium pinjaman pukal Dari April hingga September.

Suku Kedua 2020 (April-Jun)

  • Maybank – RM942 juta (suku sama tahun lepas: RM1.94 bilion)
  • CIMB – RM277 juta (RM1.51 bilion)
  • RHB Bank – RM400 juta (RM615 juta)
  • Public Bank – RM1 bilion (RM1.33 bilion)
  • Alliance Bank – RM104 juta (RM77 juta)
  • Hong Leong Bank – RM525 juta (RM469 juta)
  • Ambank – RM365 juta (RM391 juta)
  • Affin Bank RM67 juta (RM156 juta)
  • Bank Islam RM153 juta (RM195 juta)

Suku Ketiga 2020 (Julai-September)

  • Maybank – RM1.95 bilion (suku sama tahun lepas: RM2.0 bilion)
  • CIMB – RM194.4 juta (RM1.01 bilion)
  • RHB Bank – Belum umum  
  • Public Bank – RM1.39 bilion (RM1.36 bilion)
  • Alliance Bank – RM104 juta (RM115.4 juta)
  • Hong Leong Bank – RM728.9 juta (RM688.6 juta)
  • Ambank – Belum umum
  • Affin Bank RM48.7 juta (RM72.4 juta)
  • Bank Islam – Belum umum  

“Bank mana yang rugi?,” tanya Najib. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan