29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Konsep kesihatan planet mampu bina semula ekonomi negara

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Malaysia mampu membina semula ekonomi negara yang terjejas akibat penularan pandemik Covid-19 dengan berdasarkan konsep kesihatan planet.

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Ahmad Masrizal Muhammad berkata, seluruh dunia sedang giat memulihkan semula ekonomi dengan melaksanakan pelbagai pakej pemulihan dan mengambil pendekatan ‘membina semula dengan lebih baik’ dengan mengintegrasi aspek pembangunan mampan.

Menurutnya,  Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA)  telah mengemukakan beberapa inisiatif ‘perjanjian hijau’ yang akan memberi manfaat kepada negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). 

“Hari ini, seluruh dunia bungkam apabila pandemik Covid-19 melanda dan memberi impak yang signifikan kepada ekonomi dan sosial negara.

“Malaysia juga harus mengambil peluang ini untuk membina semula ekonomi negara berdasarkan konsep kesihatan planet,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan persidangan Malaysian Local Conference of Youth: Mobilising For A Green Post COVID-19 Recovery yang diadakan secara virtual, hari ini.

Ahmad Masrizal memberitahu, KASA menerusi cadangan Belanjawan 2021 telah memperuntukkan dana permulaan sebanyak RM20 juta bagi penubuhan Malaysia Trust Fund for Sustainable Development Goals (MySDG Trust Fund). 

Advertisements

Ujarnya, ia bagi menyelaras pembiayaan dari sumber awam dan swasta dengan lebih sistematik bagi pelaksanaan aktiviti atau inisiatif yang akan menyumbang kepada pencapaian SDG 2030.  

“Antara inisiatif dilaksanakan oleh KASA adalah peruntukan RM2 bilion untuk dana Skim Kewangan Teknologi Hijau (GTFS 3.0);  RM20 juta untuk inisiatif pemuliharaan alam sekitar oleh organisasi bukan kerajaan (NGO); Bon Kelestarian yang pertama Malaysia bagi inisiatif berkaitan alam sekitar dan sosial; dan rebat sebanyak RM200 di bawah program SAVE 2.0 kepada isi rumah yang membeli dan memasang peralatan jimat elektrik,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Masrizal berkata, KASA sedang dalam proses mengemas kini Nationally Determined Contribution (NDC) negara dalam usaha mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau (GHG) kepada 45 peratus menjelang 2030.

Katanya, proses kemaskini itu melibatkan pindaan kepada aspek dasar dan teknikal yang terkandung di dalam NDC merangkumi penglibatan pelbagai pihak seperti Kementerian, Agensi, NGO dan swasta. 

Menurutnya, kesemua tindakan itu akan dilaksanakan bermula pada tahun 2021 sehingga tahun 2030. 

“Inisiatif pembangunan rendah karbon yang menyokong pelaksanaan NDC negara seperti Kerangka Kerja Bandar Raya Rendah Karbon (LCCF) akan terus dipergiatkan oleh KASA. 

“Selain itu, pelaksanaan inisiatif hijau diharap akan dapat dipertingkatkan melalui mekanisme pembiayaan seperti (GTFS), Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) dan Pengecualian Cukia Pendapatan Hijau (GITE),” tambah beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan