28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Ini BNBBC tahu? bukan DAPBBC, Najib tempelak Kit Siang

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang setelah dilihat cuba bertindak sebagai ‘bos’ Barisan Nasional (BN) apabila mempertikaikan pelantikannya sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC).

Ahli Parlimen Pekan itu turut memberi tempoh 72 jam kepada  veteran politik DAP itu menjawab 10 soalan yang dibangkitkannya.

Menurutnya, ini selepas Kit Siang memberi masa 72 jam kepada beliau untuk jelaskan pelantikannya sebagai pengerusi BNBBC.

Katanya, Kit Siang mendakwa pelantikan beliau tidak wajar sebab sudah disabitkan kesalahan dalam kes SRC.

Najib sebelum ini pernah mengajak Kit Siang berdebat namun veteran DAP itu mendakwa debat hanya akan mencetuskan ketegangan kaum. Foto FACEBOOK NAJIB RAZAK


“Ini BNBBC tahu? bukan DAPBBC.

“Jika ini masa bukan krisis Covid, saya akan cabar dia sekali lagi untuk debat seperti debat yang mula-mula dia (Kit Siang) setuju tetapi akhirnya lari diri dengan alasan bodoh dia bahawa debat antara saya dan dia akan menjejaskan harmoni antara kaum.

“Tapi ini bukan masa krisis Covid. Sebab itu, saya berikan beberapa soalan kepada dia untuk jawab” tulis Najib dalam hantaran Facebook, hari ini.

Najib memberitahu, 10 soalan itu adalah: 


1. Sejak bila kamu dilantik boss BN untuk pertikaikan dan menyibuk keputusuan lantikan dalaman BN?


2. Adakah ianya benar bahawa Ketua Hakim Negara yang dilantik masa PH itu adalah pilihan Kit Siang?

3. Adakah ianya benar bahawa hakim kes SRC saya ditukar dengan hakim baru yang dipindah dari mahkamah komersial ke mahkamah jenayah setelah kes mahkamah saya sudah berjalan dengan alasan “pertukaran hakim adalah perkara biasa” (routine change) seminggu selepas ketua hakim negara dilantik PH?

4. Adakah ianya benar bahawa ketua hakim negara tersebut hanya berkhidmat selama 9 bulan sahaja dan kemudiannya dia berkempen untuk Warisan Plus dan di atas pentas bersama Guan Eng pada PRN Sabah lalu?

5. Adakah saya masih bebas sebagai ahli parlimen sebab saya tengah menunggu rayuan kes SRC saya? Dan adakah Kit Siang bersetuju bahawa kes SRC saya melibatkan saya sokong pinjaman RM4 bilion diberikan oleh KWAP kepada SRC pada tahun 2011 supaya saya kononnya tunggu 4 tahun kemudian untuk songlap RM42 juta (1% dari RM4b) yang kemudiannya dibelanjakan untuk kerja-kerja CSR dan sedekah dan bukan untuk kegunaan peribadi saya?
“Duit RM42 juta bukan hak Najib untuk sedekah, kata hakim”

Ini tak sama dengan RM305 juta yang anak kamu sedekahkan kepada projek kroni terowong untuk kos membuat laporan kebolehlaksanaan di mana 5 tahun selepas bahagian besar wang RM305 juta dibayar, kita tak nampak pun ada apa-apa projek pembinaan kecuali pembinaan projek kondo mewah atas tanah kerajaan yang dibayar Guan Eng untuk projek terowong.


6. Adakah Kit Siang bersetuju bahawa menteri kewangan menyalahgunakan kuasa mereka seperti untuk mengenakan cukai LHDN ke atas RM2.6 bilion yang telahpun dipulangkan kepada penghantar 4 bulan selepas menerimanya dan dikenakan lagi penalti 40% + 10% + 5% sehingga menjadi cukai RM1.7 bilion?
Wang yang telah dipulangkan 4 bulan kemudian pun perlu dicukai ke?


7. Adakah Kit Siang pernah bantah orang yang sedang menghadapi perbicaraan kes rasuah dilantik sebagai menteri kewangan?


8. Adakah Kit Siang turut membantah orang yang sekali lagi menghadapi banyak dakwaan-dakwaan mahkamah untuk rasuah terus menjawat sebagai boss DAP?


9. Dan adakah Kit Siang bersetuju bahawa orang yang enggan tepati janji sendiri kepada pengundi untuk bersara jika Tun Mahathir tak serahkan jawatan PM kepada Anwar tidak perlu dilayan?


10. Kenapa kamu takut pada saya?
Najib menambah, beliau memberi tempoh 72 jam kepada Kit Siang untuk menjawab 10 soalan itu.

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan