28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pemandu Alza lawan arus di Lebuhraya Plus diburu polis

Mesti Baca

SEREMBAN – Polis sedang giat memburu dan mengenalpasti pemandu Perodua Alza berwarna merah dipandu secara berlawanan arus di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran kawasan rawat dan rehat Senawang dan videonya tular di media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, video berdurasi 36 saat itu tular sejak pukul 5 petang menunjukkan MPV terbabit dipandu melawan arus di Kilometer (KM) 248 ke KM 240 menghala utara.

Pemandu Alza lawan arus kini diburu polis. Foto tangkap layar Facebook

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati kejadian tersebut berlaku di sekitar kawasan hentian rehat Senawang di KM 248(U) menuju ke arah KM 240(U) Lebuhraya Utara-Selatan, di mana kenderaan ini telah bergerak di lorong kecemasan secara melawan arus seterusnya memasuki Plaza Tol Pedas-Linggi lalu dipandu ke arah selatan.

“Hasil siasatan awal juga mendapati pemilik kenderaan tersebut merupakan 1 wanita Melayu berumur 24 tahun yang menetap di Kulai, Johor. Namun begitu status pemandu yang memandu kenderaan tersebut masih belum dapat dipastikan.

“Sehingga kini, pihak polis sedang giat mengenalpasti dan mengesan pemandu kenderaan ini,” katanya menerusi kenyataan di akaun Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, hari ini.

Mohd Said berkata, kes itu disiasat di bawah Sek 42(1) APJ 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Beliau menambah, sebarang makluman, boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Seremban, Insp Syaifullah di talian 019-6327732.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan