28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Anwar tak layak jadi PM, tak mampu urus negara masa krisis – Tun M

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad secara terbuka mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menyifatkan Presiden PKR itu tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Dalam wawancara bersama The Malaysian Insight yang dipetik Malaysiakini hari ini, Dr Mahathir berkata, bekas timbalannya itu tidak mampu mengemudi negara jika berlakunya krisis kewangan, dengan menyorot krisis ekonomi pada 1997 sebagai contoh.

“Kita telah uji kebolehan beliau semasa saya jadi perdana menteri. Saya telah bercuti selama dua bulan (antara Mei dan Julai 1997) dan Anwar dilantik sebagai perdana menteri pada masa itu.

“Terpulanglah kepada kita untuk menilai sama ada dia mempunyai keupayaan untuk mentadbir negara dengan baik.

“Saya tidak tahu penilaian yang akan dibuat oleh rakyat tetapi yang jelasnya dalam krisis kewangan 1997/98 dia tidak berkeupayaan,” katanya dalam wawancara itu.

Anwar kemudian dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan setahun kemudian. Beliau melancarkan gerakan Reformasi untuk melawan Dr Mahathir dan kemudian dijatuhkan hukuman penjara.

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin itu berdamai buat sementara waktu menjelang PRU14 untuk menentang Datuk Seri Najib Razak yang merupakan perdana menteri ketika itu.

Kerjasama itu membawa kepada gabungan Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada Bersatu di bawah pimpinan Mahathir, PKR, Amanah dan DAP.

Advertisements

PH berjaya menewaskan BN dan Dr Mahathir dilantik sebagai perdana menteri ketujuh dengan kesepakatan jawatan itu akan diserahkan kepada Anwar kemudian.

Bagaimanapun, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin membawa keluar parti itu daripada PH pada akhir Februari, membentuk kerajaan baharu, Perikatan Nasional (PN).

Berikutan kejatuhan kerajaan PH, hubungan antara Anwar dan Dr Mahathir kembali keruh.

Mahathir dalam wawancara itu mempersoalkan penilaian Anwar dalam menangani krisis kewangan Asia 1997 yang menurutnya mahu mengikut langkah yang disarankan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

“Saya pernah berkata kepadanya kalau kita ikut mereka, negara mungkin tidak akan ada dana yang cukup untuk membayar gaji, tetapi dia masih terus dengan pendiriannya menyokong IMF dan Bank Dunia.


“Sebab itu saya terpaksa ambil alih kerajaan daripada menteri kewangan dan merancangkan pendekatan untuk memulih semula negara kita,” katanya lagi seperti dipetik.

Dr Mahathir mengambil beberapa langkah tidak konvensional semasa krisis kewangan Asia, termasuk menambat ringgit pada kadar 3.80 bagi setiap dolar AS.

Langkah itu dikritik secara meluas oleh masyarakat antarabangsa tetapi diperakui oleh IMF sebagai tepat selepas Malaysia menjadi antara negara yang cepat pulih daripada krisis tersebut.

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan