25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Tiada niat promosi vape, Shaheizy Sam minta maaf

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Selepas penampilannya semasa Anugerah Bintang Popular ke-33 (ABPBH33) malam tadi dikecam hebat netizen termasuk ditegur akaun Facebook Public Health Malaysia (PHM), pelakon Shaheizy Sam tampil membuat permohonan maaf menerusi video di akaun Instagram miliknya, hari ini.

Ini selepas Shaheizy secara tidak sengaja menggantung rokok elektronik atau vape di lehernya ketika menyampaikan anugerah bagi kategori Artis Baharu Popular di Anugerah Bintang Popular ke-33 (ABPBH33), malam tadi.

Hantaran Facebook oleh PHM mengecam perbuatan mempromosi vape

Shaheizy mengakui kecuaian dirinya apabila terlalu fokus untuk memberikan yang terbaik sehingga terlupa menanggalkan peranti elektronik itu sebelum naik ke pentas.

“Hari ini saya sedar ramai bising di sosial media apa yang jadi di ABPBH semalam. Saya nak minta ampun dan maaf terutamanya ABPBH, TV3 di atas kecuaian saya.

“Kelalaian saya, tak ada orang lain yang salah memang diri saya salah, terus terang saya cakap dalam keadaan sangat nervous di belakang pentas yang lengang tanpa orang.

Advertisements

“Saya hanya nak fokus untuk buat terbaik dalam program ini dan sampai saya terlupa apa ada pada diri saya dan apa saya bawa atas pentas,” jelasnya.

Penampilan pelakon filem Polis Evo itu turut diulas pengendali akaun PHM  yang mempersoalkan tanggungjawab pihak produksi kerana tidak menyaring penampilan Shaheizy sebelum bersiaran secara langsung.

Laman Facebook itu turut menyifatkan tindakan  Shaheizy mempromosikan penggunaan vape dalam kalangan masyarakat.

Malah, tindakan tidak sengaja Shaheizy itu mengundang rasa kurang senang netizen sehingga ada mendakwa dia sengaja menggantung alat itu kerana ingin mempromosikan produk tersebut.

“Tiada niat nak promosikan… ini semua atas cuai dan lalai, apa yang tergantung ini keperluan saya. Saya dah gantung banyak di leher lebih setahun, memang kegunaan saya sebab dua tiga jam dah habis bateri.
“Jadi saya memang perlu banyak… tak ada niat nak promosi, kelalaian saya mengundang tak elok pada orang lain, saya minta maaf! InsyaAllah takkan berulang lagi,” ujarnya.

Sementara itu, penganjur ABPBH33 kesal dengan penampilan Shaheizy dan menjelaskan mereka sudah memberi penerangan kepada semua selebriti jemputan mengenai tatasusila serta etika pemakaian dalam acara anjuran mereka.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan