25.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 7, 2021

Kes mahkamah: Najib ‘sekolahkan’ laman FB SSTDMM

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan hantaran dibuat laman Facebook Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad (SSTDMM) bahawa rayuan kes SRC yang difailkannya di Mahkamah Rayuan adalah untuk meringankan hukuman diputuskan oleh Mahkamah Tinggi, Julai lalu.

Najib menerusi hantaran Facebook menjelaskan, rayuan kepada Mahkamah Rayuan dengan sekurang-kurangnya tiga hakim ialah untuk menolak keputusan Mahkamah Tinggi dibuat oleh seorang hakim sahaja yang telah dipindah dari mahkamah sivil untuk menggantikan hakim asal selepas kes SRC sudah berjalan.

Tangkap layar hantaran dibuat laman SSTDMM.

“Proses untuk mengurangkan hukuman dipanggil mitigation atau mitigasi. Proses untuk menolak keputusan dipanggil appeal atau rayuan.

“Tak benar bahawa rayuan kes SRC saya adalah untuk ringankan hukuman,” katanya hari ini.

Rayuan Najib  terhadap sabitan dan hukumannya dalam kes SRC International akan didengar oleh Mahkamah Rayuan mulai 15 Februari tahun depan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul yang mewakili kerajaan berkata, bahawa perbicaraan rayuan itu telah ditetapkan selama 12 hari.

“Ia akan berlangsung dari 15 hingga 18 Februari, 22 hingga 25 Februari, dan dari 1 hingga 4 Mac.

Pada 30 Julai lalu, Najib memfailkan notis rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah (CBT), pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kedudukan yang melibatkan RM42 juta dana SRC.

Baca juga:   PKP separuh masak terbukti gagal, kenapa ulangi lagi?

Najib dalam pada itu menegaskan adalah tidak benar bahawa beliau kurang menjawab atau tak berani dalam mahkamah. 

Ujarnya, orang ramai boleh tonton video berhubung komen pendakwaraya kes SRC berhubung jawapan dibuatnya di mahkamah menerusi pautan https://www.facebook.com/najibrazak/videos/881148242393710/

“Tak benar juga bahawa saya adalah jaguh di Facebook. Jaguh FB sebenar adalah mereka yang mampu bertahan dengan makian memanjang seperti FB PM4/7/7i serta page-page FB penyokong tegar dia.

Baca juga:   Mahfuz, silap-silap kau kutip petai sepenuh masa - Najib

“Contoh page FB yang tahan maki (SSTDM) https://www.facebook.com/152404861497999/posts/4647052552033185/?d=n,” tambahnya.

Dalam hantaran dibuat laman Facebook SSTDMM yang ditujukan kepada Najib, pentadbir laman itu mendakwa bekas Perdana Menteri tersebut jaguh di Facebook dan tidak semestinya juara di mahkamah. 

“Apa yang Malaysia tahu dan satu dunia tahu sekarang ialah kamu sudah dibuktikan bersalah kesemua 7 pertuduhan dan seleweng dana SRC International RM42 juta oleh mahkamah. 

“Kamu nak kelentong kata proses rayuan itu untuk buktikan tak salah. Sebenarnya kamu memang sudah salah. Yang dirayu cuma rayuan kurangkan hukuman. Salah tetap salah dan tak boleh diubah. Itu faktanya,” tulis hantaran itu. – Edisi 9

Terkini

Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia ikut SOP ketat

PROGRAM 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan dilaksanakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat...

Lagi Artikel Berkaitan