32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Tak serik, Maritim Malaysia usir lagi 40 bot nelayan Indonesia di perairan Perak

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Bagaikan tidak serik, semakin banyak bot nelayan Indonesia menceroboh perairan negara khasnya di perairan Perak di sebalik langkah pihak berkuasa yang memutuskan untuk hanya mengusir mereka.

Terbaharu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak mengusir 40 bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara di beberapa kedudukan sekitar 28.5 hingga 30 batu nautika barat laut Pulau Jarak, semalam.

Antara bot nelayan yang diusir dari perairan Perak. foto FACEBOOK MARITIM MALAYSIA

Menurut Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman, kesemua bot tersebut dikesan ketika Kapal Maritim (KM) Rawa sedang melaksanakan Op Benteng di perairan negeri Perak.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua bot tersebut adalah bot nelayan tradisional Indonesia yang mempunyai empat orang awak-awak termasuk tekong bagi setiap bot sedang melakukan aktiviti menangkap ikan.

“KM Rawa memberi amaran keras kepada bot-bot tersebut dan kesemuanya diarahkan untuk menghentikan aktiviti penangkapan ikan dan keluar dari perairan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahrizan berkata, kesemua bot nelayan Indonesia itu diiring hingga ke sempadan maritim Malaysia-Indonesia bagi memastikan mereka tidak berpatah balik menceroboh perairan negara.

Katanya, dalam tempoh dari 18 Mac 2020 hingga sekarang sejumlah 199 bot nelayan Indonesia telah diusir keluar dari perairan Malaysia selepas kesemuanya dikesan menceroboh dan menangkap ikan di perairan Perak.

“Dalam tempoh ini, tindakan pengusiran bot nelayan asing dan PATI (pendatang asing tanpa izin) keluar dari perairan Malaysia adalah untuk menyekat penyebaran wabak Covid 19 menerusi warga asing serta membantu Kementerian Kesihatan menurunkan graf kebolehjangkitan Covid 19 di kalangan rakyat Malaysia.

“Aset-aset Maritim Negeri Perak akan terus meningkatkan rondaan dan pengawasan terutamanya di titik-titik panas berhampiran persempadan maritim negara dengan negara jiran untuk menyekat PATI dan bot-bot nelayan asing daripada terus menceroboh dan memasuki negeri Perak,” tambahnya.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan