32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

65 daripada 158 kluster aktif Covid-19 berkaitan tempat kerja

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Sebanyak 65 daripada 158 kluster aktif Covid-19 atau 41.1 peratus adalah berkaitan dengan tempat kerja termasuk 2 kluster baharu diumumkan, semalam.


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan di Facebook berkata, sebanyak 5,681 kes positif Covid-19 yang berkaitan kluster tempat kerja adalah melibatkan 3,369 (59.3 peratus) warganegara manakala 2,312 (40.7 peratus) lagi bukan warganegara. 


“Ini adalah hasil tindakan proaktif majikan yang turut sama menjalankan saringan Covid-19 terhadap pekerja-pekerja mereka,” kata kenyataan itu hari ini.

KKM pada masa sama amat berterima kasih dan ingin menyampaikan penghargaan kepada majikan dalam bersama-sama membantu mengesan kes-kes positif di kalangan warga kerja. 

Menurutnya, tindakan itu dapat mengekang penularan Covid-19 dalamkomuniti dan seterusnya membantu KKM dalam menjalankan aktiviti kesihatan awam. 

Advertisements

“Hal ini sekaligus dapat melindungi individu-individu yang berisiko tinggi, warga emas dan kanak-kanak daripada dijangkiti Covid-19.

“Warga pekerja juga diseru untuk mematuhi Prosedur Amalan Standard (SOP) yang telah ditetapkan dan sentiasa mengamalkan kawalan kendiri bagi membendung penularan Covid-19 di tempat kerja,” katanya.

Sementara itu, KKM meminta majikan dan warga pekerja memastikan persekitaran tempat kerja dan kawasan gunasama (misalnya tandas, dapur dan pantri) yang bersih dan selamat bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

“Selain itu, pihak majikan juga diingatkan untuk memastikan pekerja mereka mematuhi segala SOP yang ditetapkan termasuk menjaga kebersihan di kawasan penginapan dan tempat tinggal.

“Didapati risiko penularan adalah tinggi bagi kawasan penginapan yang sesak dan sempit,” tambahnya.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan