25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Trump dan isteri positif Covid-19

Mesti Baca

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengesahkan beliau dan isteri, Melania Trump, positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin.

Memetik BBC, Trump, 74, dan isterinya dilaporkan mengambil ujian saringan selepas seorang penasihat kanan kepada presiden, Hope Hicks disahkan positif virus berkenaan.

“Malam ini, @FLOTUS (Melania Trump) dan saya disahkan positif Covid-19. Kita akan menjalani kuarantin dan proses pemulihan dengan serta-merta. Kami akan menghadapinya bersama-sama,” ciapnya di Twitter.


Trump dan Hicks berada bersama di dalam pesawat Air Force One ketika presiden itu menjelajah ke seluruh Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya beliau, Selasa lalu.


Susulan pengesahan keputusan positif Hicks, Trump mengumumkan akan menjalani kuarantin selepas mempunyai interaksi rapat dengan kakitangannya itu.


Bagaimanapun, kira-kira dua jam kemudian, Trump mengesahkan beliau dan isteri juga didapati positif virus berkenaan.
Perkembangan terbaru ini menambah ketidaktentuan kepada perjalanan kempen pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, yang akan berlangsung pada 3 November ini.


Dengan berbaki sebulan lagi, Trump dan pesaingnya daripada Parti Demokrat, Joe Biden kini memasuki fasa akhir kempen masing-masing.


Kedua-dua calon itu bertemu dalam debat presiden pertama pada 30 September lalu, dengan dua lagi sesi debat dijadualkan pada 16 dan 23 Oktober ini.


Berikutan perkembangan terbaru ini, nasib kedua-kedua debat yang dijadualkan itu masih tidak pasti.


Kebimbangan juga mungkin timbul kerana Covid-19 memberi risiko lebih tinggi kepada warga emas atau mereka yang mempunyai penyakit kronik.

Trump tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.


Mengikut perlembagaan Amerika Syarikat, Naib Presiden Mike Pence boleh mengambil alih pemerintahan sekiranya presiden disingkirkan, meninggal dunia, meletak jawatan atau tidak lagi mempunyai keupayaan untuk meneruskan tugasnya.


Baru-baru ini, Trump mengaku beliau tahu mengenai tahap keseriusan penularan Covid-19 di Amerika Syarikat, tetapi tidak mendedahkannya secara penuh kerana tidak mahu menakutkan rakyat negara itu.


AS masih menjadi negara paling teruk terkesan dengan Covid-19.Setakat ini, negara itu mencatatkan hampir 6.3 juta kes positif dan hampir 190,000 kematian.

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan