26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Suspek panjat pagar SPRM dicekup polis

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Benarlah kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Itu yang berlaku ke atas Goh Leong Yeong @ Alvin, suspek yang terbabit dengan kegiatan Macau Scam, judi dalam talian dan pengubahan wang haram apabila ditahan polis selepas 15 hari melarikan diri, awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Huzir Mohamed berkata, suspek ditahan bersama seorang wanita di luar Lembah Klang kira-kira pukul 1.20 pagi ini.

“Suspek kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk tujuan permohonan reman.

“Suspek dikehendaki polis berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian,” katanya yang dipetik Harian Metro, hari ini.

Difahamkan, Alvin ditahan di Genting Highland susulan operasi khas diadakan polis yang memburu suspek.

Alvin dikatakan berjaya meloloskan diri dengan memanjat pagar belakang bangunan SPRM dengan sebuah kenderaan yang menunggunya di luar pagar pada 11 Oktober lalu.

Difahamkan, ketika kejadian, lelaki itu bersama tiga lagi suspek terdiri daripada dalang utama serta dua anggota polis dalam proses diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan berhubung kegiatan judi dalam talian dan penipuan Macau Scam.

Sebelum ini anggota polis berpangkat koperal serta lelaki bergelar Datuk direman selama 21 hari bermula semalam sehingga 3 November depan bagi membantu siasatan kes perjudian atas talian di Cheras.

Perintah reman terhadap ketiga-tiga suspek berusia 34 hingga 39 tahun dikeluarkan Majistret S.Mageswary kira-kira pukul 11 pagi di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Baru-baru ini, SPRM membongkar kegiatan segelintir individu yang disyaki terbabit dengan kegiatan haram termasuk perjudian sebelum memerangkap segelintir artis tempatan dengan menawarkan bantuan modal memulakan perniagaan.

Ini susulan tangkapan lima individu termasuk Datuk dan lelaki bergelar Datuk Seri palsu pada 3 Oktober lalu oleh SPRM selepas seorang selebriti terkenal dipanggil untuk dirakam percakapan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Azam Baki mendedahkan, pihaknya menahan 20 individu termasuk lapan pegawai polis dan seorang warga China, selain akan membuat beberapa siri tangkapan lain.

SPRM juga membekukan kira-kira RM101 juta daripada 736 akaun bank dan menyita wang tunai RM5 juta serta merampas 23 kenderaan mewah pelbagai jenama serta motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai dibeli hasil daripada aktiviti judi dalam talian tempatan.

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan