29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pas setia bersama PM, GPS yakin usaha kerajaan tangani Covid-19

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Pas menzahirkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada kepemimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekaligus mempertegaskan sokongan kesemua 18 ahli Parlimennya bersama Kerajaan Perikatan Nasional yang prihatin serta bertindak memastikan keselamatan, kehidupan ekonomi serta ketenteraman negara dan rakyat terjamin.

Pada masa sama, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas menyeru seluruh rakan-rakan ahli Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk terus istiqamah mempertahankan kepemimpinan Perdana Menteri dan kerajaan sedia ada yang dibina bersama di atas keruntuhan Pakatan Harapan.

‘’Pas menjunjung kasih ke atas Yang di-Pertuan Agong atas kebersamaan baginda dengan kerajaan dalam usaha gigih menguruskan dan menangani penularan pandemik Covid-19 yang menjejaskan rakyat jelata,’’ katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam satu kenyataan, akur akan titah Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar semua ahli politik menghentikan segala politiking yang boleh mengganggu gugat kestabilan kerajaan.

“Ini amat selari dengan prinsip dan pendirian GPS selama ini yang konsisten mahu supaya semua pihak menghentikan politiking dan fokus kepada usaha menangani penularan Covid-19 serta pemulihan ekonomi yang terjejas teruk akibat pandemik berkenaan,” kata kenyataan tersebut.

Selain itu GPS turut menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong bahawa tiada keperluan buat masa ini untuk pengisytiharan darurat.

Sehubungan itu GPS berharap semua pihak akur akan titah dan nasihat baginda, selain mengakui bahawa kerajaan telah berjaya menangani wabak Covid-19 dengan baik dan berkesan.

“GPS amat mempercayai keupayaan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak Covid-19 daripada terus merebak.

”Rakyat seharusnya menjadi keutamaan oleh semua ahli-ahi politik dalam apa jua keadaan terutama dalam berdepan cabaran penularan Covid-19 ketika ini.

“GPS menjunjung kasih titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku akan betapa pentingnya Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen akan datang ini, dalam menangani wabak Covid-19,” katanya gabungan tersebut.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan