25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

‘Over The Moon’ kini dalam bahasa Melayu

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Peneraju perkhidmatan hiburan internet, Netflix membawakan filem animasi ‘Over The Moon’ yang kini dialih suara dalam Bahasa Melayu.

Netflix dalam satu kenyataan berkata, tiga watak utama dalam filem itu dibawakan oleh Fatin Syazana sebagai Chang’e, Nur Azeera Nazir sebagai Fei Fei dan Aaron Teoh sebagai Gobi.

Katanya, alih suara itu memberi peluang kepada rakyat Malaysia menikmati karya diarahkan oleh Glen Keane.

Dari kiri, Nur Azeera Nazir, Aaron Teoh, Fatin Syazana membawakan suara watak utama filem Over The Moon.

“Agak mustahil untuk menghasilkan filem yang bagus tanpa pasukan yang hebat dan kami gembira untuk memperkenalkan tiga pelakon suara berkarisma, Fatin Syazana, Nur Azeera Nazir dan Aaron Teoh sekali gus membuka peluang kepada rakyat Malaysia menikmati filem arahan Keane,” kata kenyataan itu.

‘Over The Moon’ merupakan kisah tentang gadis muda yang berusaha membuktikan dewi Bulan, Chang’e adalah satu realiti.
Filem usaha sama antara Netflix dan Pearl Studio dari China menceritakan bagaimana Fei Fei mencipta roket untuk sampai ke Bulan bagi membuktikan kewujudan Chang’e.

Fei Fei berjaya sampai ke destinasinya namun apa yang ditemuinya adalah berbeza daripada apa yang diimpikan gadis tersebut.

Sementara itu, Fatin Syazana kembali menyumbang suara selepas lima tahun dan tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri membawa watak Chang’e.

Dia pernah tampil membawakan suara bagi watak dalam filem ‘Phineas and Ferb’, ‘Lion King 2’ dan Barbie.

Nur Azeera pula pernah menyumbang suara untuk drama animasi seperti ‘The Powerpuff Girls’, Ben 10, Pinkfong dan The New Legends of Monkey.

Aaron sementara itu pernah menyumbang suara dalam beberapa musim ‘Phineas and Ferb’ selain menyanyikan lagu ‘Kovu’ dalam Lion King 2. 

Terkini

Kolam selam tempur siap Jun, kalau tidak JKR jawab – MB

KOLAM selam tempur di Kem Iskandar, Mersing dijangka siap pada Jun ini, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz...

Lagi Artikel Berkaitan