24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Segera putuskan tiga permintaan Pemuda UMNO

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO menggesa kerajaan membuat keputusan segera berhubung tiga tuntutan sayap UMNO itu semasa mesyuarat Kabinet hari ini.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam hantaran Facebook berkata, tiga tuntutan Pemuda UMNO ialah:

1. Lanjutan tempoh moratarium selama sekurang-kurangnya tiga bulan.

2. Bayaran one-off RM500 kepada mahasiswa terjejas dengan penangguhan kemasukan akademik.

3. Penangguhan sementara sesi persekolahan.

Pandangan Asyraf itu mendapat lebih 10,000 tanda suka dan lebih dua ribu komen selepas enam jam dimuat naik.

Ada di antara netizen mendesak kerajaan mempercepatkan bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) khasnya rakyat Sabah yang terkesan dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersasar di negeri itu.

Advertisements

Selain itu, walaupun kebanyakan netizen bersetuju dengan cadangan dibuat Asyraf, namun mereka mencadangkan tuntutan itu ditambah baik.

“Penangguhan sesi persekolahan saya rasa bukan langkah yang bijak. Ia akan mendatangkan masalah kepada ibu bapa yang kedua-duanya bekerja.

“Bukannya tak peka untuk keselamatan murid-murid, hanya rasa yang patut ditangguhkan adalah yang berada di zon merah. KPM juga boleh meminimumkan waktu persekolahan ataupun buat sesi bergilir,” tulis pemilik akaun Bal Hamdan Jr.

Muhamad Azizudin Md Isa berkata, bantuan RM500 one off untuk pelajar berikan impak besar kepada kewangan kerajaan.

“Boleh digantikan dengan pengurangan yuran semester,” tulisnya.

Sementara itu, Nurbiyah Mohd mencadangkan kerajaan memberikan moratorium kepada semua peminjam.

“Bergaji penuh pun perlukan moratarium sebab mereka bekerja walaupun Covid-19 melanda pejabat kami banyak sudah kena kuarantin sebab hari-hari berurusan dengan penjara, taskforce, polis dan sebagainya. Kasihan mereka,” tulisnya.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan