27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 4, 2023

Syor BN, PN tak bertanding PRK Parlimen Batu Sapi

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) agar tidak meletakkan sebarang calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi di Sabah berikutan kematian ahli Parlimennya, mendiang Datuk Liew Vui Keong. 

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini mengambil kira kegawatan penularan pandemik Covid-19 yang makin meluas di Sabah hingga boleh mencetuskan risiko keselamatan kepada rakyat.

Menurutnya, cadangan yang sama juga disyorkan kepada semua parti-parti politik lain termasuk parti Perikatan Nasional (PN) bagi mengekalkan status quo kedudukan Parlimen Batu Sapi di bawah parti Warisan.

Katanya, ini kerana PRK itu perlu diadakan dalam tempoh 60 hari mengikut  Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan. 

“Fokus ketika ini harus diberikan untuk membendung wabak virus Covid-19 daripada terus menular, di samping membantu rakyat menangani keperitan hidup yang terkesan dengan kegawatan ekonomi akibat pandemik yang tiada berkesudahan.

“Pemuda UMNO percaya sudah tiba masanya untuk ahli-ahli Politik melangkaui sempadan parti dapat bersolidariti dan menzahirkan jiwa besar mengenepikan perbezaan dan persengketaan demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat,” katanya di Facebook.

Baca juga:   Data iPay88 diceroboh, BNM jamin sistem selamat

Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong selepas Vui Keong meninggal dunia Jumaat lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan akan mengadakan PRK Parlimen Batu Sapi.

Baca juga:   Jangan buat pilihan bersandarkan slogan parti semata-mata

Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak dalam kenyataannya memaklumkan, tarikh PRK, hari pengundian awal dan tarikh penting lain akan ditentukan dalam mesyuarat Selasa ini.

“SPR sudah menerima pemakluman rasmi daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hari ini, berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P185 Batu Sapi, Sabah.

“Selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, SPR akan mengadakan PRK bagi mengisi kekosongan kerusi itu,” katanya.

Wartawan

Terkini

Liga Super: Terengganu mudah jinakkan Perak

TERENGGANU seperti dijangka tidak berdepan masalah untuk menundukkan Perak 3-0 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Perak,...

Lagi Artikel Berkaitan