24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Pemuda Pas kecam individu guna taktik kotor, kemaruk kuasa

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Pas Pusat hari ini mengecam tindakan individu yang didakwa menggunakan taktik kotor dengan mengheret institusi istana sebagai modal berkepentingan disebabkan terlalu tamak dan kemaruk kuasa.

Kecaman itu dilakukan oleh Ketuanya, Ir. Khairil Nizam dalam satu kenyataan yang dikaitkan dengan tindakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa ini.

Majlis menghadap itu dikatakan bagi membolehkan Ketua Pembangkang tersebut mempersembahkan kepada Seri Paduka senarai nama Ahli Parlimen yang menyokong beliau untuk menubuhkan kerajaan.

Berikut adalah kenyataan penuh Ir. Khairil Nizam yang merupakan pendirian kedua daripada Pas selepas beberapa jam sebelum itu Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin turut mengeluarkan kenyataan yang menegaskan parti itu tetap menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan Kerajaan Perikatan Nasional:

Pemuda Pas dengan ini menegaskan secara serius, mengecam keras keadaan dan situasi politik yang menggunakan taktik kotor dengan mengheret Institusi Istana sebagai modal politik berkepentingan bagi individu yang terlalu tamak dan kemaruk kuasa.

Ini adalah rentetan daripada pengumuman yang dibuat oleh pemimpin No.1 PKR, bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bagi mempersembahkan nama yang memungkin beliau menjadi Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) kerana kononnya telah mempunyai cukup majoriti.

Advertisements

Bagi pandangan Pemuda Pas, suasana begini amat dicela seolah mahu memberi ‘ugutan’ dan ‘hasutan’ yang berterusan terhadap keputusan YDPA yang telah memperkenan Perdana Menteri kini bukanlah seorang yang ‘diyakini memiliki majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan’ seperti yang telah termaktub di dalam Perlembagaan.

Bukanlah suatu yang rahsia dimana jika di ingat kembali bagaimana situasi konflik politik pada bulan Mac, yang menyaksikan YDPA terpaksa memanggil seorang demi seorang Ahli Parlimen untuk menyatakan sokongan manakah yang mereka telah berikan apabila SD yang dipersembahkan kepada YDPA menemui jalan buntu.

Dan adakah pemimpin ini mahukan perkara ini diulang semula? Seakan-akan mengajar pihak Istana pula bagaimana mahu mentadbir negara sedangkan institusi ini bukanlah serendah itu mahu diperkotak-katikkan oleh pemimpin seperti ini!

Pemuda Pas akan terus mengikuti secara rapat apa yang akan berlaku pada 13 Oktober ini, yang dikatakan mempunyai majoriti yang ‘kukuh dan diyakini’, namun jika ianya adalah sekadar retorik, Pemuda Pas tidak teragak untuk mengadakan bantahan di seluruh negara dan mengheret ‘perangai’ ini kepada pihak berkuasa atas penghinaan terhadap institusi istana dan cubaan menghuru-harakan keharmonian negara.

Dalam masa yang sama, Pemuda Pas menyeru untuk semua ahli politik kerajaan terus jujur dan ikhlas memperteguhkan sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal dipertahankan sehingga ke PRU 15, demi mengutamakan agenda rakyat dan usaha melawan musuh COVID 19.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan