29.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 13, 2025

Noryn Aziz, usahawan selamat bernikah

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Noryn Aziz selamat diijab kabul dengan usahawan, Shaik Rizal Shaik Sulaiman dalam satu majlis tertutup yang diadakan dekat Damansara, malam tadi.

Memetik Astro Awani, juara program Gegar Vaganza musim kelima terbitan Astro itu dan Shaik Rizal bernikah dalam suasana norma baharu dan memenuhi prosedur operasi standard (SOP).

Noryn Aziz bersama suaminya, Shaik Rizal sejurus usai akad nikah pada Selasa malam. – Gambar IG SHAIK RIZAL

Difahamkan pasangan itu memilih bernikah lebih awal berbanding perancangan awal pada 25 Oktober ini berikutan pihak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi negeri-negeri di Wilayah Persekutan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor.

Advertisements

Pasangan berkenaan juga pada awalnya merancang untuk mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka pada 1 November ini.

Bagaimanapun, rancangan itu terpaksa ditunda pada tarikh baharu sebaik selesai PKPB.

Ini merupakan pernikahan kedua bagi pasangan itu.

Advertisements

Terkini

Pelbagai usaha tingkatkan pendapatan Orang Asli – Zahid

KERAJAAN menerusi Jabatan Kemajuan Orang Aslia (JAKOA) melaksanakan pelbagai usaha bagi meningkatkan pendapatan isi rumah Orang Asli dengan sasaran...

Lagi Artikel Berkaitan