29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Henti pembelian panik, bekalan makanan dan keperluan mencukupi

Mesti Baca

PUTRAJAYA –  Rakyat Malaysia diminta supaya bertenang dan tidak membuat pembelian panik berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula hari ini hingga 27 Oktober depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kementerian mendapat maklumat dari lapangan bahawa telah berlaku pembelian panik di beberapa tempat selepas pengumuman PKPB dan  perbuatan tersebut tidak sepatutnya berlaku.

ALEXANDER NANTA LINGGI

“Bekalan barang terutama barang makanan dan barang keperluan utama dijamin mencukupi pada harga yang stabil dan munasabah.

“Kementerian telah membuktikan melalui tindakan yang telah diambil untuk memastikan bekalan makanan tidak terputus semasa PKP dilaksanakan dahulu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

PKPB akan dilaksanakan selama 14 hari bermula hari ini  hingga 27 Oktober 2020 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor manakala di Sabah bermula pada 13 Oktober hingga 26 Oktober 2020 dengan SOP yang telah ditetapkan. 

Alexander menjelaskan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mempunyai seramai  2,269 anggota penguatkuasa di seluruh negara yang sentiasa memantau dan memeriksa bagi memastikan bekalan mencukupi dan harga barang stabil tanpa kenaikan mendadak. 

Menurutnya, KPDNHEP sentiasa menguatkuasakan Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961 dan semua peraturan subsidiari.   

Advertisements

Ujar beliau, pengilang, pengeluar, pemborong dan peruncit diingatkan untuk memastikan semua bekalan keperluan sentiasa mencukupi.

“Sehubungan dengan itu, pengguna dinasihatkan untuk membeli barangan mengikut keperluan sahaja dan tiada keperluan untuk menyimpan stok berlebihan. 

 “Pengguna juga digalakkan membuat pembelian secara atas talian bagi mengurangkan pergerakan fizikal ke premis perniagaan. Secara tidak langsung kita dapat membantu memutuskan rantaian pandemik Covid-19,” katanya.

Sementara itu, Alexander berkata, jika didapati ada peniaga yang tidak mematuhi undang-undang, pengguna boleh menyalurkan aduan kepada Kementerian ini melalui beberapa saluran.

Katanya, saluran itu adalah: Portal  [email protected] ; Call Centre 1800 886 800; Emel [email protected]; aplikasi telefon pintar Ez ADU dan talian Enforcement Command Centre (ECC) 03-8882 6245 / 6088.


Selain itu beliau menambah, pengguna boleh membuat aduan di talian 03-8000 8000 Malaysia Government Call Centre (MYGCC) serta WhatsApp ke 019- 279 4317. – Edisi9  

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan