24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kebajikan negara lebih penting dari main politik – Muhyiddin

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, soal kebajikan negara lebih penting daripada bermain politik.

Perdana Menteri berkata oleh kerana itu, beliau lebih senang untuk memberi fokus kepada kebajikan negara dan bukannya bermain politik atau mengelak daripada media.

“Saya bukan tidak buat sidang media atau mengelak media. Cuma saya memberi fokus kepada isu yang dihadapi negara setiap hari seperti Covid-19 dan soal pemulihan ekonomi.

“Media adalah satu perkara yang saya beri keutamaan… walaupun ramai yang berminat ingin tanya soalan politik. Nanti rakyat fikir saya lebih suka bermain politik daripada menjaga kebajikan negara,” kata beliau yang dipetik Bernama.

Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang media khas di kediamannya di Putrajaya hari ini.

Advertisements
ANWAR IBRAHIM

Beliau dipercayai mengulas mengenai dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai sokongan lebih daripada 120 Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu menggantikan Perikatan Nasional (PN).

Kata Ahli Parlimen Port Dickson itu, beliau telah menyampaikan bukti berupa surat akuan sumpah  (SD) dan pengesahan ketua parti berkaitan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Anwar menjelaskan, beliau dimaklumkan bahawa Baginda (Yang di-Pertuan Agong) memerlukan masa untuk mengesahkan keabsahan dokumen berkenaan, termasuk mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua parti politik.


“Saya pohon semua pihak beri ruang kepada Agong menjalankan tanggungjawab mengikut lunas perlembagaan, dan juga budi bicara Tuanku untuk menelaah dokumen dan dalam satu dua hari ini, panggil ketua parti untuk mengesahkan dan juga mendapat input sebaiknya,” katanya lagi.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan