31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Ebit Lew sewa pesawat hantar bantuan buat ‘frontliner’ di Sabah

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Prihatin dengan keperluan kakitangan jabatan kesihatan di Sabah yang berdepan penularan pandemik Covid-19 yang serius, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew (UEL) menyewa sebuah pesawat bagi menghantar barang perubatan yang diperlukan petugas barisan hadapan negara ketika ini.


Menerusi catatan Facebook beliau hari ini, UEL memberitahu, beliau menggunakan
perkhidmatan Raya Airways bagi tujuan itu.

UEL memeriksa bantuan yang akan dihantar ke Sabah. Foto FACEBOOK EBIT LEW

Menurutnya, beliau amat risau apabila membaca tentang kisah rakyat di Sabah yang kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) termasuk Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).


UEL memberitahu, ramai menghantar mesej memintanya menghantar bantuan ke Sabah.


“Terus pagi ini hantar barang perubatan ke Sabah. Hantar barang perubatan set PPE dengan spec (cermin mata perubatan), pelindung dan pelitup muka, pelindung kasut untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah.

“Doakan ya, insyaAllah semoga Allah selamatkan Sabah. Sayang orang Sabah sangat,” katanya.


Tinjauan mendapati, status UEL itu mendapat pujian netizen yang berterima kasih dengan sikap pemurah pendakwah tersebut.

Keprihatinan dan sikap dermawan UEL dalam membantu masyarakat pelbagai kaum dan pelbagai lapisan khasnya semasa penularan Covid-19 ini bukanlah pertama kali.


Kelmarin, beliau menghantar barangan bantuan berupa 200 buah tilam dan 200 bantal, 200 helai tuala dan cadar serta 10 buah kipas, dan pelindungan muka sebanyak 2,000 keping ke Penjara Alor Setar.


Semalam, beliau sekali lagi menghantar barangan keperluan bernilai RM80,000 bagi kegunaan 2,000 orang termasuk banduan dan petugas barisan hadapan di penjara tersebut.

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan