29.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

KTMB siasat punca ETS dan komuter bergesel

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sedang menyiasat punca kejadian perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan tiga gerabak komuter bergesel berhampiran Stesen Kuang, petang semalam sehingga mengancam keselamatan 122 penumpang.

Ketua Komunikasi Strategik KTMB, Ahmad ‘Asri Khalbi berkata, punca kejadian masih belum dapat dikenal pasti buat masa ini.

“Kami sedang mengkaji semua aspek dan masih terlalu awal untuk menentukan apakah punca kejadian,” katanya dipetik Astro Awani.

Dalam kejadian pukul 6.37 petang itu, seorang penumpang komuter cedera ringan dan diberi rawatan kecemasan oleh kakitangan KTMB di Stesen Kuang.

Ketika ini, semua agensi berkaitan termasuk Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Beliau berkata, insiden itu menjejaskan jadual perjalanan untuk tempoh beberapa hari, namun tidak menyebabkan perubahan besar kepada jadual.

“Kita akan beri keutamaan kepada tren-tren penumpang supaya penumpang masih dapat melakukan perjalanan berdasarkan jadual perjalanan sedia ada.

“Buat masa ini, kelewatan tersebut hanyalah berlaku apabila tren-tren yang berkaitan melalui kawasan lokasi kemalangan.

Menurut, Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Datuk Ir. Kamarulzaman Zainal, tren komuter itu sedang dalam
perjalanan dari Stesen Tanjung Malim ke Stesen Sungai Buloh sebelum bergesel dengan ETS dari Stesen Padang Besar yang menuju ke Stesen KL Sentral.

“Satu landasan di antara Stesen Sungai Buloh dan Stesen Rawang tidak terhalang dan masih boleh digunakan untuk perkhidmatan tren-tren lain.

“Kita jangkakan akan berlaku sedikit kelewatan bagi perkhidmatan tren-tren tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan