24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Tragedi hand sanitizer, badan ibu melecur

Mesti Baca

NEW YORK – Seorang wanita di Texas, Amerika Syarikat (AS) kini dirawat di sebuah unit rawatan rapi sebuah hospital dekat sini berikutan seluruh badannya terbakar setelah sebotol pembersih tangan (hand sanitizer) meletup ketika dia menyalakan sebatang lilin.

Bercakap media di katil hospital, Kate Wise berkata, dia terlebih dahulu meletakkan sedikit pembersih tangan berasaskan alkohol pada tangannya dan cuba menyalakan lilin di rumahnya di pinggir Austin, Round Rock.

Menurut keterangan kempen GoFundMe yang dimulakan rakan Wise, tangan wanita itu kemudiannya terbakar secara tidak sengaja dan dia melompat ke belakang.


Pada ketika itu, tangannya yang terbakar  terpegang botol pembersih tangan mengakibatkan letupan seperti bunyi bom.


“Kerana pembersih tangan, ia membakar bahagian tangan yang terkena cecair itu,” katanya kepada KHOU11.


Wise mengalami luka terbakar tahap kedua dan ketiga pada sebahagian badannya termasuklah muka, tangan dan kakinya.


“Ia adalah sakit yang sukar saya jelaskan,” katanya yang dipetik Mail Online.

Advertisements


Ibu kepada tiga anak itu bagaimanapun berjaya membuka bajunya yang terbakar ketika dia anaknya berlari mendapatkan pertolongan jiran.

WISE sempat menyelamatkan anak OKUnya keluar ketika rumahnya terbakar.


Di sebalik kecederaannya, Wise berjaya membawa keluar anak perempuannya berusia 14 tahun yang kurang upaya dan anjing peliharaan mereka keluar daripada rumah.


“Ia perkara yang anda tidak mahu anak anda lihat,” kata Wise.

AKIHAT kebakaran itu, Wise kehilangan perabot dan barangan di rumahnya


Menurut kempen itu, akibat kebakaran tersebut, Wise kehilangan hampir kesemua perabot dan barangan di rumahnya.

“Dia kehilangan rumah, anak-anaknya trauma dan dia perlukan pembedahan susulan akibat luka terbakar itu,” tulis rakan Wise lagi.


Jika dibenarkan keluar, Wise perlu mencari kediaman baharu untuk keluarganya. 

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan