Thursday, July 23, 2026

Lelaki ‘simpan’ RM1,715 dalam perut

Mesti Baca


KAHERAH – Sepasukan doktor bedah di Hospital Qasr El Eyni di sini berjaya mengeluarkan not kertas  sebanyak 6,500 pound Mesir (RM1,715) daripada perut seorang pesakit.

Gulf News yang memetik laporan akhbar Youm 7 melaporkan, seorang lelaki tiba di hospital itu dengan melaporkan sakit abdomen yang teruk dan mengaku menelan sejumlah wang bagi satu tempoh yang lama.

Doktor kemudiannya melakukan satu pembedahan selama empat jam bagi menyelamatkan lelaki itu yang mengalami sakit teruk pada abdomen dan ususnya.

PASUKAN doktor bedah merakam gambar kenangan selepas berjaya mengeluarkan objek asing dari pesakit.

Ketua pembedahan, Dr. Abdul Rahman Mustafa berkata, doktor kemudiannya mengeluarkan secara keseluruhannya 6,500 pound Mesir dalam empat gelung daripada perut lelaki itu.

Tambah Dr Mustafa, lebih mengejutkan, mereka turut menemukan objek lain seperti duit syiling, 39 batang paku, gunting dan satu pemetik api.

Menurut doktor, ini bukan pertama kali mereka menerima pesakit yang menelan wang tunai dan objek asing.

Tahun lalu, sepasukan doktor bedah mengeluarkan 20 batang sudu, empat garfu dan beberapa batang berus gigi daripada perut seorang pesakit.

Pasukan perubatan di Pusat Gastroenterology Universiti Mansoura Mesir juga mengeluarkan sejumlah objek daripada usus pesakit berusia 20 tahun termasuk barang kemas.

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan