27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Malaysia-Mesir komited teroka potensi industri – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA dan Mesir komited untuk mengeratkan hubungan serta kerjasama dua hala, selain meneroka potensi perkongsian dalam industri baharu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam perbincangan menerusi panggilan video bersama Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi, kedua-dua negara menekankan komitmen untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, perdagangan dan pelancongan.

“Kami juga meneroka potensi perkongsian dalam industri baharu seperti pembuatan pintar dan ekonomi digital, serta membincangkan isu global yang berkepentingan termasuk keterjaminan makanan, krisis tenaga, Islamofobia dan perjuangan rakyat Palestin.

“Perbincangan kami menggambarkan hubungan ekonomi yang kukuh antara Mesir dan Malaysia. Mesir merupakan salah satu rakan dagangan terbesar Malaysia dan salah satu pengimport terbesar minyak sawit Malaysia, di rantau Afrika,” katanya dalam Facebook hari ini.

Advertisements

Terdahulu, Anwar telah menerima kunjungan hormat daripada Menteri Luar Negeri Australia, Senator Penny Wong, di Putrajaya.

Melalui perkongsian di Facebook, semasa pertemuan tersebut, isu-isu yang berkepentingan telah dibincangkan bersama termasuklah kerjasama ekonomi, dasar luar dan perkembangan serantau.

“Australia merupakan salah satu rakan rapat dan penting bagi Malaysia,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju untuk menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja...

Lagi Artikel Berkaitan