34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Sidang Dewan Rakyat ditambah 2 hari

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERSIDANGAN Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15 ditambah dua hari lagi menjadikan tempoh bersidang keseluruhan selama 31 hari hari.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berkata, pindaan berkenaan selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11 (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Menurutnya, persidangan yang sepatutnya berlangsung 29 hari akan berakhir pada 30 Mac, namun ia dilanjutkan sehingga 4 April depan.

“Dimaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua majlis telah menambah dua hari (lagi) bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15.

“Ini bagi membolehkan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) dan urusan kerajaan dapat dibentang dan diputuskan di Dewan Rakyat.

“Notis bertulis akan diberikan kepada semua ahli Yang Berhormat selepas ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Untuk rekod, persidangan Dewan Rakyat yang bermula 13 Februari lalu didahului dengan istiadat pembukaan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Seterusnya ia disusuli dengan perbahasan Titah Diraja dan pada Jumaat lalu Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2023.

Ketika ini sedang berlangsung sesi perbahasan Belanjawan 2023.

-EDISI9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan