26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 30, 2023

Lumba haram di Lebuh Raya DASH, 2 mekanik ditangkap

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA mekanik dicekup selepas berlumba haram di Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) di Shah Alam, Selangor,  semalam.

Kedua-dua suspek berusia 20 dan 29 tahun ditahan kira-kira pukul 11.49 malam sekitar daerah ini selain merampas dua kereta jenis Proton Satria digunakan mereka.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim, siasatan awal mendapati perlumbaan itu berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi semalam dengan melibatkan enam kereta jenis Proton Satria.

“Mereka berlumba dari Plaza Tol Denai Alam sehingga ke Kilometer (km) 0 (susur ke Pulau Angsa) Lebuh Raya DASH.

“Mereka juga berlumba dengan berpatah balik melawan arus sehingga ke Plaza Tol Denai Alam. Jarak perlumbaan bagi sehala adalah kira-kira dua km,” katanya hari ini.

Mohd. Iqbal berkata, pihaknya kini mengesan empat lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Beliau menegaskan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

“Justeru, saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Mohd Zulkifli Razak di talian 019-4475767,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 56 saat memaparkan aksi lumba kereta tersebut di Lebuh Raya DASH.

-EDISI9

Terkini

Stadium Shah Alam diroboh selewatnya November – Amirudin

STADIUM ikonik di Selangor, Stadium Shah Alam dijadual akan dirobohkan pada akhir tahun ini, selewat-lewatnya awal November depan. Menteri Besar...

Lagi Artikel Berkaitan