30.9 C
Kuala Lumpur
Monday, December 2, 2024

GRS akan berusaha penuhi aku janji – Muhyiddin

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin bersyukur dengan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihan Raya Negeri yang berlangsung hari ini.

Perdana Menteri dalam kenyataannya malam ini berkata, kemenangan itu menunjukkan keyakinan rakyat kepada parti-parti dalam GRS iaitu Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Berikut kenyataan penuh Muhyiddin yang juga Pengerusi PN:

Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t di atas kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang berlangsung hari ini.

Kemenangan ini menunjukkan keyakinan rakyat kepada parti-parti dalam GRS yang terdiri daripada Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah.

Advertisements

Saya mengucapkan tahniah kepada calon-calon GRS yang menang dalam pilihanraya ini.

Inilah masanya untuk anda semua mencurah khidmat bakti yang terbaik kepada rakyat dan membuktikan bahawa kita sebenar-benarnya adalah prihatin kepada rakyat.

Yang penting GRS yang akan membentuk Kerajaan Negeri Sabah mestilah berusaha sedaya upaya untuk menunaikan segala komitmen yang dinyatakan dalam Aku Janji GRS.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi di negeri Sabah yang telah memilih calon-calon Gabungan Rakyat Sabah.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya yang tidak terhingga kepada semua petugas dan sukarelawan yang telah membantu berkempen untuk calon-calon GRS dalam pilihan raya ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

ATPC kembang pasaran perubatan global di Indonesia

AGAPE ATP Corporation (ATPC) mengembangkan pasaran perubatan global di Indonesia menerusi tiga memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan institusi...

Lagi Artikel Berkaitan