31.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 7, 2023

Tidak perlu lagi tulis, simpan rekod suhu badan – Menteri

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia menjelaskan, sesuatu premis yang dikunjungi orang ramai hanya dibenarkan mencatatkan nama, nombor telefon, tarikh dan masa kehadiran pengunjung ke premis mereka.

ZAHIDI ZAINUL ABIDIN

Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin ketika sesi jawab lisan di Parlimen hari ini berkata, tindakan itu adalah mengikut kerangka tatacara pengendalian bagi pengumpulan, pemprosesan dan penyimpanan data peribadi yang ditetapkan kerajaan.

Bagaimanapun katanya, rekod suhu badan yang diambil sewaktu pemeriksaan di premis-premis perniagaan tidak sepatutnya ditulis atau disimpan oleh pemilik premis tersebut kerana ia bercanggah dengan tatacara pengendalian yang ditetapkan.

“Kedua-dua kaedah pengumpulan data peribadi itu juga adalah tertakluk kepada premis perniagaan dan paparan notis yang jelas mengenai tujuan pengumpulan data peribadi juga perlu ada,” katanya.

Zahidi menjelaskan, data peribadi yang dikumpul hanya digunakan untuk pengesanan kontak selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Tempoh penyimpanan data peribadi pengunjung ini adalah sehingga enam bulan tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

“Ia mesti dimusnahkan dan dipadam secara kekal selepas sembilan bulan,” jelas beliau.

Baca juga:   Denda, penjara jika ceramah tanpa tauliah di Johor

Sementara itu, Zahidi berkata, terdapat sedikit kekeliruan ketika ini yang mana apabila pengunjung pergi ke premis-premis perniagaan mereka diminta menulis suhu badan.

“Perbuatan itu tidak wajibkan dan dari segi tatacara yang kita keluarkan, ia adalah salah kerana menulis tentang suhu badan ini tidak boleh dilakukan.

Baca juga:   Lembah Klang catat 96.7 peratus dos pertama populasi dewasa

“Penjelasan ini untuk pengetahuan semua,” katanya

Wartawan

Terkini

13 kontena di Northport Pelabuhan Klang musnah

SEBANYAK 13 buah kontena yang mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol musnah dalam kebakaran dekat Northport, Jalan Pelabuhan Utara...

Lagi Artikel Berkaitan