27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Redzuan tewas, ‘3R’ menang Naib Presiden Bersatu

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof gagal mendapat tempat dalam barisan kepimpinan baharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) setelah tewas dalam pemilihan parti.

MOHD REDZUAN YUSOF

Redzuan yang juga dikenali sebagai ‘Menteri Kereta Terbang’ ketika menjadi menteri Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini turut tewas dalam pemilihan Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah.

Beliau tewas kepada bekas Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Shamsuddin, yang kini dipilih sebagai Naib Ketua Srikandi Bersatu.

Sementara itu pemilihan Bersatu bagi bagi penggal 2019-2021 menyaksikan tiga muka baharu sebagai Naib Presiden parti.

Mereka ialah, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee, Menteri Kanan Kluster Sosial yang juga Menteri Pelajaran Senator Dr Mohd Radzi Jidin, dan bekas Exco Kerajaan Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Bersatu, Tan Sri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan hari ini.

Kerusi Presiden dan Timbalan Presiden sudah dimuktamadkan sebelum ini iaitu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Advertisements

“Pada 22 Ogos 2020, buat julung-julung kalinya bahagian-bahagian di seluruh negara telah mengadakan persidangan tahunan masing-masing.

“Seramai 23,438 orang perwakilan telah membuang undi semasa persidangan bahagian-bahagian tersebut.

“Daripada 179 bahagian yang layak bersidang hari ini, 177 bahagian telah berjaya mengadakan persidangan manakala dua bahagian gagal bersidang kerana ketiadaan korum,” kata Syed Hamid.

Selain itu, jawatan Pengerusi yang sebelum ini disandang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kekal kosong.

Sementara itu, antara pemimpin kanan politik yang berjaya merebut tempat dalam 20 kerusi Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mustapa Mohamed, bekas Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal, dan bekas pengasas Parti Harapan Rakyat Sabah yang telah terbubar, Datuk Seri Lajim Ukin.

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan