29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 21, 2023

Langgar SOP: Khairuddin mohon maaf, pulangkan 4 bulan gaji

Mesti Baca

Lukman Ismail
Editor Edisi 9

KUALA LUMPUR – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sebagai rasa bertanggungjawab atas kekhilafannya, beliau akan memulangkan semula gaji yang diperoleh bagi bulan Mei hingga Ogos untuk disumbangkan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Tabung COVID-19).

Khairuddin berkata, beliau sebelum ini telah menyumbangkan gajinya bagi bulan Mac dan April kepada tabung tersebut sebagaimana keputusan Kabinet sebelum ini.

“Saya dengan ini memohon jutaan kemaafan kepada seluruh rakyat Malaysia atas kekhilafan yang berlaku. Sebagai menteri, saya bertanggungjawab untuk akur kepada peraturan dan SOP sepanjang tempoh PKPP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mengesahkan telah mengenakan kompaun sebanyak RM1,000 terhadap Ahli Parlimen Kuala Nerus itu kerana tidak menjalani kuarantin kendiri selepas pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.

Kompaun itu telah dikenakan dan dijelaskan oleh beliau pada 7 Ogos lalu.

Berdasarkan kenyaatan Kementerian Kesihatan, Khairuddin telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.7) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawal Penyakit Berjangkit 1998 [Akta 342].

Baca juga:   RM500 ke Akaun 1 KWSP baki kurang RM10,000

Sejurus tiba dari Turki, beliau telah menjalani ujian swab pertama pada tarikh yang sama dan didapati negatif manakala dua ujian susulan turut dilakukan dan didapati juga negatif COVID-19.

Baca juga:   31,199 kes positif tertinggi, 194 kes kategori 3,4,5

Sehubungan itu, Khairuddin telah meneruskan tugasnya sebagai menteri termasuk menghadiri sidang Parlimen sebelum perkara itu disentuh oleh pihak pembangkang.

Khairuddin berkata, beliau akan terus bekerja keras dan melipatgandakan lagi usaha dan tenaga untuk melaksanakan amanah sebagai menteri.

Ini bagi memastikan semua rakyat yang terlibat dalam bidang perladangan dan komoditi khususnya lebih sejuta pekebun kecil B40 sentiasa mendapat manfaat dan terbela kebajikan mereka. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Lambang PN di 4 negeri dikekalkan hadapi PRN

MESYUARAT Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) mengesahkan kekal menggunakan lambang PN di empat negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kedah...

Lagi Artikel Berkaitan