27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Londehnya janji PH ‘tiada runding terus’ – Tuan Ibrahim

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pas menggesa semua projet runding terus yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan ketika pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan disenaraikan untuk tatapan umum.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rakyat terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat semalam kerana selama ini Pakatan Harapan melaungkan slogan tiada projek runding terus.

Berikut kenyataan penuh Tuan Ibrahim yang disiarkan dalam Facebook beliau:

Kerajaan Pakatan Harapan dilondehkan sekali lagi bilamana Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan bahawa 101 projek yang menelan kos RM6.61 bilion diluluskan secara runding terus oleh kerajaan PH. 

Lebih mengejutkan bilamana bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendakwa semua projek tersebut telah diluluskan oleh Kabinet.

Kenyataan beliau telah dinafikan secara tegas oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Azmin Ali yang menyatakan perkara itu tidak melalui kelulusan kabinet.

Jika apa yang dikatakan YB Azmin benar, maka ini bermakna Lim telah melakukan suatu pembohongan dalam dewan yang mulia dan perkara ini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan oleh YB Shahidan Kassim.

Pas menggesa agar semua projek runding terus yang telah diluluskan, kos projek dan kontraktor yang memperolehi projek tersebut disenaraikan untuk tatapan umum.

Rakyat tentu terkejut dengan pendedahan tersebut, kerana selama ini PH melaungkan slogan tiada projek runding terus, bahkan dalam manifesto PH semua projek akan dibuat secara tender terbuka. 

Sikap hipokrit PH ini semestinya tiada tandingan meskipun mereka sering menuduh orang lain. Berita ini tentunya menjadi bola tanggung dan menyemarakkan lagi siri kempen dalam PRK Slim yang sedang berlangsung.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan