27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kes Adib: Polis cadang inkues semula, dakwa 12 suspek

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengemukakan dua cadangan kepada Jabatan Peguam Negara setelah merujuk semula kertas siasatan kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim pada 23 Julai lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin Hamzah berkata, ini berikutan keputusan Mahkamah Koroner Shah Alam pada 27 September 2019 bahawa kematian Muhammad Adib bukan disebabkan kemalangan tetapi perbuatan jenayah oleh dua atau lebih suspek.

Menurutnya, berdasarkan keputusan itu, PDRM sudah menjalankan siasatan berdasarkan arahan Pejabat Peguam Negara dan mengumpul bukti-bukti yang ada untuk dikemukakan semula kepada pihak pendakwaan.

“Kertas siasatan dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara dengan cadangan seperti berikut iaitu pertama menuduh 12 orang suspek di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan yang merusuh dan menyerang jentera bomba.

“Kedua, mengadakan inkues semula untuk siasatan lanjut jika dipersetujui Peguam Negara di bawah peruntukan Seksyen 339 (2) Kanun Prosedur Jenayah,” katanya  yang dipetik Harian Metro, hari ini.

Beliau berjaya demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

HAMZAH ZAINUDDIN

Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN).

Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib, adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, pada 13 Julai lalu dilaporkan berkata, masih tiada saksi yang dipanggil memberi keterangan bahawa mereka benar-benar melihat Muhammad Adib dipukul.

Abdul Hamid dipetik berkata, semua keterangan yang diperoleh pihaknya bersifat dengar cakap dan juga pendapat.

Bagaimanapun katanya, usaha mengenal pasti dalang masih dijalankan, jika ada.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan