27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 4, 2023

Judi di Sungai Buloh: Mustahil dia buat fitnah – Ahmad Zahid

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini tampil mempertahankan Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd. Asri Hamid  yang videonya tular dengan dakwaan bahawa terdapat aktiviti perjudian dan perniagaan haram di Sungai Buloh.

Ahmad Zahid berkata, beliau kasihan dengan nasib Asri selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat laporan polis berikutan pendedahan yang dibuatnya kelmarin boleh menimbulkan fitnah kepada agensi itu.

AHMAD ZAHID HAMIDI – foto ASTRO AWANI

“Saya kasihan dengan nasib pengasas Hot Burger. Mustahil dia buat fitnah. Kepentingan dia cuma mahu penguatkuasa dijalankan secara berkesan.

“Aktiviti judi haram berleluasa. Yang menjadi mangsa mereka yang berpendapatan rendah tetapi mahu cepat kaya. Akhirnya mereka merana,” tulis beliau di Facebook.

Semalam, Asri kesal apabila dia pula dipersalahkan oleh pihak berkuasa susulan pendedahan panas itu.

Lelaki itu menegaskan, sepatutnya selepas kegiatan haram itu dibongkar, pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap pelakunya tetapi sebaliknya pula berlaku.

Ahmad Zahid yang juga bekas Menteri Dalam Negeri berkata, beliau secara peribadi menyokong tindakan penutupan premis judi disegerakan.

Baca juga:   Covid-19: Kluster Sri Petaling akhirnya tamat

Video dimuat naik Asri di Facebook tular apabila mendakwa terdapat premis perjudian dan aktiviti haram di sekitar kawasan perindustrian Sungai Buloh yang tidak diambil tindakan oleh pihak penguatkuasa.

Lelaki itu bertindak demikian selepas tidak berpuas hati beberapa gerai yang menjual burger pada waktu malam disita oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sedangkan, beberapa kedai haram milik warga asing dan kedai perjudian dibiarkan beroperasi tanpa tindakan.

Baca juga:   Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang dilancarkan esok

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberikan tumpuan kepada pegawai dan anggota penguat kuasa yang dipercayai menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di sekitar Sungai Buloh.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata pihaknya memandang serius berhubung video tular berkaitan isu rasuah penguat kuasa melindungi gerai haram, penjualan rokok seludup dan judi. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Liga Super: Terengganu mudah jinakkan Perak

TERENGGANU seperti dijangka tidak berdepan masalah untuk menundukkan Perak 3-0 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Perak,...

Lagi Artikel Berkaitan