32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Ciapan Tengku Zafrul berkaitan kemerdekaan tarik perhatian

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Beberapa ciapan berkaitan sejarah kemerdekaan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz melalui Twitter beliau menarik perhatian netizen.

Semalam, Tengku Zafrul memaparkan gambar moyang beliau, Datuk Mustapha Albakri Hassan bersama Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Abdul Razak Hussein.

Menurut Tengku Zafrul, gambar itu diambil ketika mereka dalam perbincangan untuk memilih lagu kebangsaan sempena pengisytiharaan kemerdekaan yang bakal berlangsung.

Ucapan Hari Kemerdekaan oleh Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam Twitter beliau.

Kata beliau, Jawatankuasa khas tersebut diketuai Tunku Abdul Rahman telah mempertimbangkan lebih 500 cadangan daripada seluruh dunia termasuk daripada penggubah muzik terkenal, namun kesemuanya ditolak kerana tidak sesuai.

‘’Akhirnya, YM Tunku Abdul Rahman telah mengesyor untuk mencipta lagu kebangsaan berdasarkan kepada melodi dan rentak lagu negeri Perak, iaitu ‘Allah Lanjutkan Usia Sultan’ yang dikatakan lebih sesuai dengan cita rasa tempatan,’’ kata beliau dalam ciapan tersebut.

Advertisements

Tengku Zafrul seterusnya menceritakan, lirik lagu kebangsaan telah disediakan oleh jawatankuasa khas tersebut disokong oleh penulis dan penggubah.

‘’Pada 12 tengah malam, 31 Ogos 1957, selepas bendera Union Jack diturunkan dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu, lagu kebangsaan, ‘Negaraku’ dimainkan buat pertama kalinya dan kekal sebagai lagu kebangsaan Malaysia tercinta hingga ke hari ini,’’ katanya.

Allahyarham Raja Zainal Abidin membaca pengisytiharan kemerdekaan di Kangar, Perlis.

Hari ini pula Tengku Zafrul dalam ciapan menyiarkan gambar Allahyarham Raja Zainal Abidin yang ketika itu adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Menurut Tengku Zafrul, Allahyarham yang merupakan datuk beliau sedang menyampaikan Pengisytiharan Kemerdekaan bagi negeri tersebut.

‘’Pada hari bersejarah tersebut (31 Ogos 1957), kesemua Sultan,Yang Dipertua Negeri, Ketua Menteri dan Menteri Besar berada di Stadium Merdeka. Oleh itu tanggungjawab untuk mengisytiharkan kemerdekaan di peringkat negeri terletak pada bahu kesemua SUK negeri,’’ katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan