24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Agong kurnia pengampunan, 13 banduan penjara seumur hidup bebas

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Hari Kemerdekaan ke-63 buat 13 banduan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup sejak 2001 pasti bermakna apabila mereka dibebaskan atas pengampunan Yang Di-pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan pembebasan awal pada kesemua banduan bersempena Hari Kemerdekaan kali ini.

“Al-Sultan Abdullah dengan nasihat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dalam Mesyuarat kali ke-55 yang bersidang pada 4 September, 2019 telah bertitah perkenan supaya 13 banduan itu dibebaskan pada suatu tarikh yang akan dimaklumkan.

“Susulan daripada mesyuarat ini, Al-Sultan Abdullah dengan nasihat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dalam Mesyuarat kali ke-56 yang bersidang pada 24 Julai 2020, telah berkenan mengurniakan pembebasan awal kepada 13 banduan tersebut, berkuat kuasa pada bulan Ogos 2020,” katanya.

Perkenan baginda dibuat menurut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dan susulan daripada nasihat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Advertisements

Kesemua 13 banduan itu dihukum penjara sepanjang hayat sejak dari tahun 2001 itu telah membuat rayuan pengampunan terhadap hukuman tersebut.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja menjelaskan, pengurniaan pengampunan itu bertujuan memberi peluang kepada semua kerana berkelakuan baik untuk kembali ke pangkuan masyarakat.

“Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah menzahirkan harapan agar kesemua 13 banduan mengenang kembali kesilapan, terus memohon keampunan dan menilai sejauh mana hubungan mereka dengan Tuhan dan keluarga serta masyarakat.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan agar mereka menjalani kehidupan yang baru bersama keluarga tersayang dan masyarakat dengan berfaedah dan masing-masing memainkan peranan sebagai rakyat yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara,” jelas beliau.

Kesemua banduan itu telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada 28 Disember 2001 atas kesalahan berperang atau cuba berperang atau menyubahati berperang melawan Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Yang di-Pertua Negeri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan