29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Ucap ‘gelap tak nampak, pakai bedak’: Abdul Azeez minta maaf

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini meminta maaf dan menarik balik perkataan ‘gelap tak nampak’ dan ‘pakai bedak’ yang diucapkan semasa sidang Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berbuat demikian setelah Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mendapati perkataan-perkataan diucapkan tersebut bersifat agak ofensif.

Abdul Azeez menjelaskan bahawa beliau tidak berniat untuk menggelarkan sesiapa pun termasuk Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto sebagai ‘gelap’.

“Dua tahun saya duduk di situ, sama spot, memang kawasan tu gelap, tak dapat perhatian Speaker.

“Supaya rakyat termasuk netizen di luar sana tahu saya tidak ada niat panggil sesiapa gelap sebab Allah takdirkan diri saya gelap. Dengan ini tarik balik dan minta maaf,” katanya.

Dalam penjelasan di akaun Facebook miliknya semalam, Abdul Azeez berkata, gelap yang dimaksudkannya adalah tempat duduk berkenaan yang gelap kerana beliau pernah duduk di tempat itu sebelum ini.

“Depa kecoh-kecoh pasal kulit gelap pulak dah…Saya pun sebut la “kalau saya nak putih saya pakai bedak laa”…bukan saya suruh dia pakai bedak. 

“Lain kali jangan sibuk menjerit terpekik terlolong, kan dah tak dengar apa orang cakap..Janganla sensitif sangat, saya pun orang panggil toyu (kicap) panggil macam- macam lagi… saya tak marah pun,” tulis Abdul Azeez – Edisi 9.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan