24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Semua masjid, surau di Selangor dibuka untuk solat berjemaah mulai Jumaat

Mesti Baca

KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama menanti, akhirnya umat Islam di Selangor menarik nafas lega apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membenarkan semua masjid dan surau dibuka untuk umat Islam mendirikan solat fardu dan solat Jumaat, mulai 3 Julai ini.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, mulai Jumaat ini, semua masjid dan surau di Selangor akan dibuka semula untuk dilakukan solat secara berjemaah dengan syarat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

Antara SOP tersebut ialah jemaah perlu mengambil wuduk di rumah, membawa sejadah masing-masing, memakai pelitup muka ketika hadir di masjid, surau serta mengamalkan penjarakan sosial.

“Bagi mereka yang tidak sihat dilarang sama sekali untuk melaksanakan solat di masjid dan surau,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Advertisements

Kata kenyataan itu, keputusan itu dibuat Sultan Selangor menerima disembah taklimat oleh Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Mufti Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenai keadaan Covid-19 di negeri itu.

Bagaimanapun, Mohamad Munir berkata, jumlah kehadiran jemaah solat Jumaat dan fardu ditetapkan seramai 1,000 orang (tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid) bagi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam; Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

“Jumlah kehadiran jemaah bagi solat Jumaat dan fardu di semua masjid lain ditetapkan maksimum pada 500 orang tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid, tertakluk kepada kapasiti masjid berkenaan.

“Jumlah kehadiran jemaah di Surau Kebenaran Solat Jumaat bagi mendirikan solat Jumaat dan fardu ditetapkan pada 40 orang tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa surau manakala di surau untuk Solat Fardu ditetapkan pada 40 orang tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa surau,” katanya.

Beliau berkata, Sultan Sharafuddin turut bertitah ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha 1441 Hijrah (H) dilaksanakan di masjid sahaja.

Katanya, Sultan Sharafuddin akan sentiasa mengikuti perkembangan dan pematuhannya dari masa ke semasa sebelum membuat sebarang pertimbangan selanjutnya bagi menentukan jumlah kehadiran jemaah di masjid dan surau di Selangor. – EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan