26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023

Banjir luar duga: Jakim seru masjid, surau adakan solat hajat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyeru semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan supaya mengadakan solat hajat khusus selepas solat Maghrib malam ini bagi mendoakan agar situasi bencana banjir di seluruh negara segera pulih.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Hakimah Mohd. Yusoff berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad mengarahkan Jakim untuk mengadakan solat hajat itu.

Beliau berkata, solat hajat akan diadakan selepas Solat Maghrib pada malam ini melalui tiga buah masjid utama iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

“Kami juga memohon kerjasama dan jasa baik Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri seluruh Malaysia untuk turut sama mengadakan solat hajat di masjid dan surau di seluruh negara bagi tujuan yang sama,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Baca juga:   17 kawasan di dua daerah di Melaka dilanda banjir kilat

Katanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) juga meminta Jakim supaya masjid-masjid utama terus cakna dengan mangsa banjir dan sentiasa bersedia untuk dijadikan pusat penempatan mangsa banjir sekiranya diperlukan pihak berkuasa.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Tok Mat menghadap Sultan Brunei, jemput Baginda ke LIMA’23

SULTAN Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menerima sembah menghadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu lawatan rasmi...

Lagi Artikel Berkaitan