26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Sayap UMNO, agensi digerakkan bantu mangsa

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

UMNO mengharapkan agar jentera dan agensi kerajaan Pusat serta negeri digerakkan ke tahap maksima bagi membantu mangsa banjir.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Skuad Sabil, Skuad Sayang, UMNO Bahagian, UMNO Cawangan empat peringkat Wanita, Pemuda, Puteri di seluruh negara juga perlu segera membantu untuk perpindahan mangsa banjir.

Selain itu menurut, tugas sukarela di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan membersihkan rumah-rumah mangsa juga perlu diberikan perhatian.

“Ketika rakyat susah dan menghadapi bencana, jentera UMNO semua peringkat wajar bersama di barisan hadapan untuk saling menghulurkan bantuan sedaya yang boleh dan merentasi fahaman politik.

“Bagi pihak Presiden UMNO dan seluruh kepimpinan, dirakamkan setinggi penghargaan atas kerjasama yang anda berikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malah beliau turut memohon agar bersama-sama mendoakan agar banjir di kawasan terjejas di seluruh negara segera pulih dan rakyat boleh kembali ke kediaman masing-masing dengan keadaan yang sihat dan selamat.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan