24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kes COVID-19 turun hampir 1,000 dengan 2 negeri catat Rt 1.0

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 3,108 kes baharu COVID-19 direkodkan di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu, menyaksikan penurunan hampir 1,000 kes berbanding semalam.

Untuk rekod, kes harian semalam mencatatkan di paras lebih 4,000 kes iaitu 4083 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,718,955 kes.

“Data harian laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Advertisements

Terdahulu, Noor Hisham dalam hantaran di media sosialnya menyatakan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada semalam untuk seluruh negara adalah 0.91.

Hanya dua negeri mencatatkan Rt lebih 1.0 iaitu Pahang dan Pulau Pinang.

Sementara itu, dalam perkembangan banjir di seluruh negara, Kementerian Kesihatan (KKM) ingin menasihatkan orang ramai yang tinggal di kawasan yang berisiko tinggi untuk mengalami banjir agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak yang berwajib, khususnya keperluan untuk berpindah segera bagi mengelakkan berlakunya kemalangan dan kehilangan jiwa.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan