27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Rumah tangga Engku Emran, Laudya berakhir

Mesti Baca

TEKA-TEKI berhubung rumah tangga antara Laudya Cynthia Bella dan suami Engku Emran terlerai apabila pelakon popular Indonesia itu mendedahkan bahawa mereka sudah bercerai.

Perkara itu didedahkan Laudya menerusi rakaman video yang disiarkan portal Detik.com hari ini.

“Berkait dengan berita rumah tangga saya, saya ingin menjelaskan bahawa kami berdua sudah sama-sama sepakat berpisah secara baik.

“Sudah pelbagai upaya yang kami lakukan dan ini adalah takdir Allah. Rumah tangga kami hanya sampai di sini,” kata Laudya.

Rumah tangga Laudya dan Engku Emran menjadi perbualan hangat netizen yang membuat spekulasi dan mendakwa hubungan pasangan ini sedang bergolak.

Spekulasi itu diperkuatkan apabila Engku Emran menukar foto profil Instagram dan tidak lagi mengikuti akaun isterinya itu.

 Pelakon filem Surga Yang Tak Dirindukan itu berkata, mereka telah melalui pelbagai proses dan saat ini kesemuanya telah selesai.

“Dua tahun beliau (Engku Emran) jadi suami saya, banyak sekali kebajikan,hikmah dan pembelajaran yang saya dapat dan InsyaAllah ia akan menjadikan saya wanita yang jauh lebih baik lagi,” katanya.

Laudya dan Engku Emran melangsungkan pernikahan di Kuala Lumpur pada 8 September 2017.

Selepas sah menjadi isteri Engku Emran, anak kelahiran Bandung, Jawa Barat itu memutuskan untuk tinggal di Malaysia bersama suaminya.

Pasangan ini juga tidak dikurniakan anak. – Edisi 9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan