33.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Noor Nabila sahkan bakal bercerai dengan Engku Emran

Mesti Baca

KAKAK kepada Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor akhirnya membuat pengakuan perkahwinannya dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin bakal berakhir tidak lama lagi.

Memetik laporan Harian Metro, Noor Nabila berkata, mereka sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak Januari lalu.

Malah Engku Emran sendiri sudah menyatakan hasrat untuk tidak lagi meneruskan perkahwinan mereka.

“Alhamdulillah, ketika dia beritahu hasratnya untuk bercerai, kami berbincang secara baik dan tenang serta menerima segala keputusan yang ditentukan dengan reda dan hati terbuka,” katanya.

Nabila berkata, dia sudah melakukan yang terbaik dan pastinya mengimpikan perkahwinan yang dibina kekal buat selamanya.

Namun begitu, dia memilih untuk tidak berkongsi  punca kepada masalah yang melanda rumah tangga mereka.

Advertisements

“Saya sudah buat yang terbaik sepanjang proses perkahwinan ini. Sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada ujian dan dugaan rumah tangga.

“Sepatutnya, kita pasangan suami isteri saling berkorban dan sentiasa ada untuk satu sama lain dalam apa juga keadaan. Malangnya kami tak mampu jadi pasangan seperti itu.

“Masalah antara kami sudah lama berpanjangan dan saya berserah dengan takdir dan yakin ini adalah aturan terbaik dari Nya untuk saya dan anak lalui,” katanya.

Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac 2021. Sebelum bernikah dengan Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, tetapi perkahwinan itu juga tidak bertahan lama.

Sebelum itu, Engku Emran pernah berkahwin dengan  Primadona Filem Negara, Erra Fazira dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya.

Manakala, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

10 mahasiswa UM sertai program selamatkan sayur-sayuran

SERAMAI 10 mahasiswa Asasi Sains Sosial dari Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) telah menyertai program menyelamatkan sayur-sayuran dan...

Lagi Artikel Berkaitan