30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

‘Rider’ lagak samseng, hentak kereta pengarah syarikat ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan seorang penghantar makanan kerana bertindak ala-samseng jalanan apabila mengugut dan memukul pintu kereta dipandu seorang pengarah syarikat dengan topi keledar di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di ibu negara kelmarin.

Kejadian berlaku pada jam 2.03 petang ketika pengadu lelaki berusia 55 tahun memandu di Jalan Besar MRR2, sebelum dipintas sebuah motosikal ditunggang lelaki bersama seorang anaknya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata suspek kemudiannya telah mengarahkan pengadu berhenti dengan cara menunjukkan isyarat tangan dan menghalang laluan kenderaan pengadu.

“Penunggang motosikal itu mengeluarkan kata-kata kesat dan memukul pintu kenderaan di bahagian penumpang hadapan menggunakan topi keledar yang dipakai.

“Punca kejadian apabila suspek mendakwa pengadu menghimpit motosikalnya ketika laluan keluar dari simpang ke jalan utama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, susulan aduan diterima polis menahan suspek di sebuah lokasi di Ukay Perdana, kira-kira jam 1.45 tengah hari semalam.

Advertisements

“Suspek seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun dan bekerja sebagai penghantar makanan di kawasan Ukay Perdana.

“Kita turut merampas motosikal dan topi keledar yang digunakan semasa kejadian.

“Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lalu dan ujian air kencing dijalankan ke atasnya didapati negatif,” katanya.

Berikutan itu, Mohd Azam berkata, suspek direman selama empat hari sehingga 24 September ini.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan khianat dan Seksyen 506 akta sama iaitu ugutan mendatangkan ketakutan,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan