32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Kluster Sivagangga: Lebih 1,600 murid tabika dicutikan

Mesti Baca

ALOR SETAR – Seramai 1,667 murid taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan tiga taman asuhan kanak-kanak (taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dalam Parlimen Kubang Pasu diarahkan bercuti berikutan kluster baharu PUI Sivagangga di negeri ini.

Ini berikutan penutupan sementara sebanyak 73 tabika dan tiga taska Kemas selepas waris murid dipercayai mempunyai rekod kontak rapat dengan kluster tersebut.

Pengarah Kemas Negeri Kedah, Noor Azman Abd. Rahman berkata, arahan penutupan itu adalah sebagai langkah pencegahan awal di peringkat jabatan.

“Seramai 1,605 pelajar tabika dan 62 pelajar taska Kemas terlibat dan penutupan ini akan dibuat dalam tempoh 14 hari atau sehingga kita menerima arahan dan nasihat selanjutnya daripada Pejabat Kesihatan,” katanya yang dipetik Kosmo Online.

Noor Azman berkata, pelajar yang datang ke tabika dan taska pada hari ini diminta pulang ke rumah masing-masing.

“Pada masa sama, penutupan sementara ini juga membolehkan proses pembersihan dan nyah kuman dapat dilakukan di semua tadika dan taska tersebut mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan,” ujarnya.

Menurut Noor Azman, daripada 73 tabika yang ditutup, sebanyak tujuh tabika antaranya Tabika Kemas Kampung Natoi, Pekan Jitra, Kampung Bemban dan Kampung Tebing mempunyai rekod kontak rapat dengan kluster tersebut.

“Kontak rapat itu melibatkan waris pelajar yang disaring berhubung kluster berkenaan iaitu dari sebuah kedai makan di Napoh,” jelasnya.

Tambahnya, Tabika Kemas Kampung Tebing terletak berhampiran dengan kedai makan berkenaan iaitu kira-kira 500 meter sahaja.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah, Dr. Mohd Fikri Ujang berkata, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah sedang giat mengesan kontak rapat pemilik dan pekerja di sebuah kedai nasi kandar di Napoh, Jitra dekat sini bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 di negeri ini.

“Semua kontak yang berkemungkinan terlibat akan disaring yang mana sampel mereka akan diambil dan diuji bagi mengetahui sama ada mereka positif atau negatif wabak terbabit,” katanya.

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan